Dua Jalan,Satu Pilihan

“Dan telah Kami tunjukkan dua jalan,~jalan yang baik & jalan yang buruk”

(Surah Al-Balad,10)

Mana satu yang akan kita pilih?Qalbu sememangnya akan cenderung kepada kebaikan dan ketenangan,dan akan resah dengan keburukan.Itulah yang diingatkan kepada saya oleh seorang kakak yang saya hormati saat berjumpanya semalam.Tetapi aqal yang salah digunakan mungkin cenderung memilih jalan yang bertentangan.

Allah s.w.t sebenarnya telah memberikan jalan:

“Lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruknya,dan mana yang baiknya.Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya.Dan rugilah orang yang mengotorkannya”

(Surah As-Syams,8-10)

Persoalannya,mampukah kita,terutamanya saya menggunakan sepenuhnya aqal dan qalbu yang ada saat terbentangnya dua jalan di hadapan?

p/s:Kepada semua,mohon maaf atas segala kesilapan.Mudah-mudahan,Ramadhan ini dapat dilalui dengan penuh keberkatan..Dan semoga hidayah dan kekuatan untuk melawan godaan nafsu itu sentiasa Allah berikan..Selamat meMERDEKAkan jiwa!(sempena ulang tahun kemerdekaan dan sambutan Ramadhan)

About aqalbu


6 responses to “Dua Jalan,Satu Pilihan

  • ~BudaK KeCiK~

    ampunkan daku insan yang hina ini dari ujung rmbut smpai lah ujung kaki yer sahabatku…
    moga kita dpt bersama sama beribadat kepadaNYa…
    dan membersihkan segala sifat mazmumah yg bersarang dlm diri ini 🙂

  • aqalbu

    InsyaAllah,melin..Amin..

  • Nurain jamilah

    assalamualaikum wbt…wahai adikkku,saudara seakidahku, puteri kesayangan Rasulullah, mujahidah kesayangan ummah…semoga kehadiran ramadhan ini menjadi madrasah tarbiyah dirimu untuk lahir sebagai wanita solehah, hiasan dunia paling indah…jadikan ramadhan ini sebagai sebuah perjalanan cinta kepada pemilik segala cinta, yakni Allah SWT…adikku, seorang wanita solehah itu, qalbunya hanya milik Allah, pandangannya dijaga, akhlaknya mulia dan , maruahnya dipelihara. Semoga ramadhan kali ini terisi dengan taqarrub pada Illahi.All the best 4 ur qalbu.

  • Nurain jamilah

    Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…
    Salam penuh kerinduan buat saudara seakidah yang ana sayangi
    kerana Allah SWT…
    Mungkin panjang juga coloteh ana.Namun harapnya sedikit masa sudi diberikan untuk menelaahnya. Moga-moga, sedikit masa membacanya dikira sebagai ibadah oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap setiap makhlukNYA…
    Saudaraku, lama benar rasanya kita terputus bicara lantaran kesibukan masing-masing menguruskan urusan dunia sebagai bekal untuk berangkat ke negeri sana…Mukaddimah warkah ana yang dhaif ini , hanya ucapan maaf yang mampu ana nukilkan. Maaf kerana tidak pernah pandai menjadi rakan, teman, sahabat atau saudara yang setia menemani tika saat-saat duka datang menyapa.
    Saudaraku, belahan cinta perjuanganku…
    Melalui denai rimba perjuangan di alam kampus menjanjikan sejuta malah ribuan juta dugaan dan cabaran.Namun, Alhamdulillah, kita tetap ada Allah SWT sebagai tempat sebaik- baik sandaran dan pergantungan…Cuma, ana ingin singgah sekejap berziarah ke laman hati kalian…Apa khabar iman yang pernah mekar mewangi bersama kuntuman ikhlas dan baja kesabaran? Apa pula cerita istiqamah dan tawakal yang pernah menjadi benteng tatakala rasa diri lemah? Dan apa pula berita dari buku catatan amal kiroman katibin di kanan dan kiri yang tidak pernah mengambil cuti? Apa pula khabar jasad dan diri yang sering diziarah Izrail 70 kali sehari?
    Semua jawapannya ada pada kalian…Cuma ayuh kita muhasabah satu persatu setakat terdaya kudrat ana yang Allah pinjamkan sementara berkongsi ilham dan rasa…solat kita sepanjang semester, apa grednya? Ketaatan kita pada ayah bonda, berapa target pointernya? Assigment tanggungjawab sebagai khalifah mentadbir dunia, berapa markahnya? Dan paling penting CGPA cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW, berapa nilainya?
    Tapi, sebelum itu, kalian dan diri ana sendiri berpangkat muslimat. Jadi, elok kiranya kita semak juga carrying marks untuk tugasan menutup aurat…hmmm…kenapa perlu semak? Jawapannya sebagai kayu ukur sama ada benar atau tidak kita mahu menjadi pemburu syurga atau bermain-main di jurang an-nar yang terlalu berbahaya…Menutup aurat itu perintah daripada Allah SWT…aurat itu umpama jendela bagi jalan kemaksiatan, andai tergamak membuka aurat, bermakna sangguplah pula membuka jendela kepada maksiat ….
    Sekian dulu, rasanya warkah merangkap ucapan salam ramadhan …moga-moga Ramadhan ini terisi dengan bingkisan ilmu yang di kutip sepanjang jalan meniti kedewasaan…kalau masih sudi, sila rujuk lampiran…

    Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah dia pembela agama…
    Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata,
    punyai iman miliki takwa….
    yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
    Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
    kerana kita serikandi dengan silam yang kelam.
    Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
    Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ayuhlah kita redha ketetapan IlLahi”

    SALAM MAHABBAH
    UKHUWAHFILLAH…

    Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu,
    tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (HadisRiwayat Muslim)

    KHAS TITIPAN DHAIF INI BUAT SAHABAT DAN SAUDARA SEAKIDAH YANG KAMI SAYANGI…

    Terlalu kerdil rasanya untuk kami memulakan bicara.
    Namun, atas kudrat pinjaman dari Yang Maha Esa, kami sampaikan pesan agar kita sama—sama berada dalam keredhaan Allah SWT…Terlebih dahulu maaf
    Dipinta andai titipan ini mengguris rasa.Ayuh kita renungi dan kutip iktibar daripada kalam wahyu yang tertulis buat kita…

    Allah SWT telah berfirman ; ertinya…

    “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

    “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

    “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

    “ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

    ” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

    Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

    Nabi SAW juga pernah bersabda :
    ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
    Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” Riwayat Al-Bukhari”

    Mujahidah yang merindui syahid

  • nida

    Syukran,syukran,ya sis….Apa sahaja perkongsian ilmu dan nasihat sgt2 dialu2kan supaya insyaAllah,hidayah itu sentiasa bersinar di hati2 yg sedang mencarinya ini..Semoga Allah melimpahkan rahmahNya yg tak pernah terbatas untuk mujahidah2 yang hatinya sentiasa merindui syahid..Dan moga akhirnya syahid itu Allah kurniakan juga sebagai hadiah paling bermakna buat perinduNya yg setia..Amin…

  • Nurain jamilah

    assalamualaikum wbth…adikku, apa khabar qalbumu tika saat fasa kedua ramadhan ini tiba…pintu taubat dan keampunan sedang terbuka seluas-luasnya…moga kita menjadi hambaNya yang senantiasa sedar akan khilaf dan kesalahan, malah segera pulang ke pangkal jalan…amin…

Leave a reply to aqalbu Cancel reply