Meteorology?

Di kalangan teman sekursus atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan cuaca,istilah ini mungkin tidak asing.Tetapi,bagi yang berada di aliran sastera,bimbingan kaunseling ataupun ekonomi,mungkin meteorology bukanlah sesuatu yang menjadi perhatian utama.

Penting ke?

Jawapan yang boleh saya berikan ialah,Ya!

Saya bukanlah pakar meteorologi ataupun meteorologist.Ini sememangnya fakta dan bukan auta.Sekadar mengambil subjek ini sebagai subjek wajib untuk semester ini.Keputusan Test 1saya pun,cukup-cukup makan sahaja..haha..Tetapi,ada sesuatu yang boleh saya kongsikan melalui kunjungan saya dan teman-teman sekursus ke Jabatan Meteorogi Malaysia dan KLIA tempoh hari.

Pentingnya memahami atmosfera kita,cuaca dan iklimnya.

Mungkin kita masih ingat ataupun mula lupa-lupa mengenai Tragedi Tsunami yang meragut banyak nyawa.,Kegembiraan manusia di Kuala Muda ,Kedah dan beberapa kawasan di Pulau Pinang yang sekelip mata bertukar kesengsaraan.

Atau mungkin ada yang masih lagi mengira-ngira kerugian harta benda dan meratapi kehilangan nyawa akibat banjir yang tidak di sangka-sangka di Johor dua tahun yang lepas.

Dan,mungkin juga ada yang prihatin mengenai peristiwa kapal terbang terhempas akibat cuaca buruk dan kes-kes disambar petir yang menjadi tatapan kita yang masih bernyawa ini.

Kita mungkin tidak boleh meramal amaran Tuhan yang sememangnya berada di bawah kawalan Dia ,Tuhan yang Maha Mengetahui & Maha Berkuasa ini..Tetapi,sebagai manusia yang masih punya aqal dan qalbu,tidak salah kiranya kita berjaga-jaga dan sekurang-kurangnya mengambil tahu.

Di Malaysia juga,sudah ada Sistem Amaran Awal untuk Tsunami yang dipraktikkan di beberapa kawasan yang dijadikan tumpuan utama seperti Kedah dan Pulau Pinang .Kerajaan juga telah berbelanja jutaan ringgit bagi menampung keperluan meteorologi seperti kos untuk radiosonde(alat untuk mengukur haba,kelembapan,tekanan dan angin.~ala-ala belon) yang mencecah 5-6 ribu setiap satu untuk seluruh cawangan dan stesen kaji cuaca yang ada di Malaysia.Alat ini pula harus digunakan sebulan sekali dan tidak boleh dikitar semula kerana sudah tidak berharga selepas digunakan.

Kesimpulannya,sekurang-kurangnya,luangkanlah masa anda sebentar untuk mendengar ataupun melihat ramalan cuaca yang kesahihannya 8O% itu.

Ataupun sekiranya anda berada di kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai potensi untuk dilanda Tsunami atau bencana alam lain,berjaga-jaga lah dengan amaran yang akan dihantar kepada anda melalui talian tetap setiap rumah.

Dan berilah kerjasama terhadap kempen-kempen dan seminar yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi di bawah MOSTI yang mungkin menjengah kawasan anda!

p/s:tgh cuba rajinkn dri study meteor..sesape,sila tunjuk ajar!hehe..

About aqalbu


8 responses to “Meteorology?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: