Pertama..

Pertama,selalunya itulah yang akan orang selalu ingat..Permulaan yang susah & mungkin tak mahu dilupakan..Macam mana dengan sambutan Ramadhan kali ini?

Sahur pertama,

Dapat makanan tajaan-beras,sambal ikan bilis tin,kacang panggang..Semuanya dari teman SUKSIS,sape lagi kalau bukan Cik Zulaila..dan makanan tambahan,sup campur foodcourt..Sahur pertama yang ala-ala macam rumah,tambah meriah dengan tetamu jemputan,Melin,Kak iqa dan Syabira..Berjemaah yang berkat..Betul juga kata seorang rakan di dalam blognya,bukan hidangan yang menjadi persoalan sebaliknya fadhilat dan keberkatan itu yang perlu menjadi keutamaan..

Tarawih pertama….

Menjadi salah seorang jemputan diantara jemputan lain di surau kolej..Seruan & selawat yang mendamaikan,walaupun terasa `kekok’ sedikit dengan jumlah 8 dan 2+1 setelah agak lama meninggalkan ibadah ini di ramadhan yang lepas..Gembira juga kerana bersama-sama dengan teman rapat melaksanakan sunat tuntutan ini ..Walaupun sekadar membantu mengisi 2 saf di kolej yang tiba-tiba sunyi kerana ditinggalkan mereka yang ingin meraikannya bersama keluarga…

Berbuka puasa pertama..

Dengan kos RM 3.50 untuk sebungkus nasi ayam+ air teh o buatan melin,kami berbuka puasa berdua di `majlis’ yang sederhana.Tiada tetamu jemputan,adik sebilik atau sesiapa..Semuanya ada agenda tersendiri..Azan berbuka puasa pertama musim ini,bukan sahaja membangkitkan rasa girang setelah penat berpuasa tapi lebih dalam,mendatangkan rasa sayu & keinsafan.,Sayu kerana,rindukan suasana berbuka di rumah.Keinsafan,kerana terkenang mereka yang mungkin tiada istilah berbuka kerana tiada hidangan..

Dosa pertama?

Hanya Tuhan yang tahu…Samada berat atau ringan,mohon Allah s.w,t berikan keampunan & limpahkan keberkatan..Kerana kekhilafan itu memang kemestian buat insan yang bukan maksum seperti kita…

p/s:buat sesiapa yang menjadi watak sampingan dalam drama `Yang Pertama’ ini,terima kasih daun keladi,mtk maaf ye kalau terguris hati..hehe..

About aqalbu


8 responses to “Pertama..

  • ~BudaK KeCiK~

    hehehe…xsangka terlibat gak dalam blog nida nie 🙂
    best dpt smbut 1 ramadhan ngn nida 🙂
    pengalaman suka n duka..

  • Nurain jamilah

    Alhamdulillah ya mujahidah Islam…masih ada sisa umur yang diberi pinjam hingga datang lagi ramadhan ini. syukur pada mereka yang dijemput menjadi tetamu-NYa, peluang untuk memadu kasih dan cinta hanya kepada Allah Yang Maha Esa…Jadikanlah Ramadhan ini sebagai sebuah perjalanan cinta, kembara panjang bermujahadah untuk menggapai redhaNYa…dalam perjalanan di pentas dunia yang teramat pendek jeda masanya…hidupkan setiap detik nafas Ramadhanmu dengan zikir dan munajat padaNYa agar diampuni segala dosa dan diberi kekuatan menyahut seruan jihad sebagai dai’ilallah…jadikan ramadhan ini sebagai wadah pertama mengenal medan jihad dalam lapangan ummah…jangan sekadar berkata sedih melihat mereka yang tiada hidangan, tanpa tangan diangkat menghulur bantuan. fikirkanlah wahai mujahidah solehah…

  • aqalbu

    Syukran,ya sis..InsyaAllah..
    Melin,tq 4 being my partner..hehe..yg suka,ingat2kan..yg duka,lupa2kan..

  • lily

    smlm,1st day puasa..
    1st thing b4 sahur,call mak..sedih je~~

    btw,tQ tlg publisiti kn i..nama ayu tu~~*lol

  • aqalbu

    ops..nama ayu ker..
    sama-sama kasih..duish=p

  • rainiey152

    uhu..raye ptama cmne la pulak eh?..ckp sal raye tetibe tringat psal famili kte..since we both ade wordpress blog..and famili kte yg rmai dn mrate2..wlpn mungkin xkn rmai yg mbace..pe kte kte collaborate wat.. -> famili nye blog? so, bolehla kite update pkmbngn famili yg smkin bkembng..jeng3..pekah anda rse?

  • epul

    fuuhh..sgt meriah yek sahur kat ktp..makan berjemaah lagi…

  • aqalbu

    wah…cam bes je nurul!jom kita collaborate!sonok..kita dua jd blogger tetap..yg ramai2len tu menumpang jek..hahaha..gila kuasa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: