5098a88981292950

Memang seronok kalau dapat hadiah. Lagi-lagi kalau dapat apa yang kita suka.

Tapi, bukan pada hadiah itu yang perlu kita puja atau julang ke mana-mana, tapi pemberi hadiah itu yang memberi kita peluang untuk merasa.

Sama juga bila hadiah itu datangnya dari Dia. Syukurilah hadiah itu seadanya, dan agungkanlah Pemberi Hadiah yang Satu itu.

p/s: mahu jadi insan bersyukur & tidak lupa.

Disebabkan permintaan seseorang, kali ni saya publishkan gambar ‘anak-anak’ saya ni=)

buah hati

p/s : rupa- rupanya saya dah ramai anak..betul tak, melin & k.iqa?hehe..(journey to gua=p)

“Allah akan memandang pada usaha & istiqamah”

Saya tahu, kata- kata itu benar. Saya sedar, bukan mudah lafaz & gerak yang perlu ditempuh untuk yang sudah meletakkan `tegar’.

Namun, interpretasinya biarlah selari dengan benarnya itu. Kerana, tidak semua tekad itu benar-benar sahaja .Kerana ada masa, pandanglah juga pada sudut seorang manusia, yang fitrahnya itu kadangkala tidak boleh diteka dan dijangka, yang juga ada qalbu dan jiwa.

Sekurang- kurangnya, fahamilah itu. Sunnatullah.

p/s: Saya juga manusia, yang sedang belajar makna `tekad’

Tetaplah, teguhlah pada apa yang diputuskan..Andai itu akhir yang diimpikan.

Dan hijrahlah, seperti apa yang dimahu & apa yang sebetulnya kita perlu.

p/s : Saya masih berdoa, sentiasa..

“Kakak Husna dapat puasa penuh 1st Ramadhan,” semangat kakak saya bercerita perihal anak sulungnya itu dalam telefon.

Saya teruja sama. Terbayang saya wajah ‘mak nenek’ berusia 5 tahun itu. Akhirnya, berjaya juga dia menempuh Ramadhan pertama dengan jayanya.
“ Tapi, penat jugalah layan karenah kakak. Banyak kali dia merungut nak berbuka. Macam-macam pulak tu dia tanya. Kenalah melayan soalan-soalan tu,bagi dia terlupa penat puasa,” cerita kakak saya lagi.

“ Dia tanya soalan apa?,”saya bertanya.
“ Ala..Macam-macamlah..Kenapa Allah suruh puasa? Allah tu kat mana? Kenapa orang miskin tak dapat makan macam orang puasa…Macam mana nak ikat perut dengan batu untuk tahan lapar macam yang Nabi pernah buat..Sampailah nak berbuka, ada je soalan dia..,” saya ketawa mendengar cerita mama Husna itu.

Husna memang begitu. Pot pet pot pet tak kira masa. Tapi,kadangkala fikiran dan imaginasinya melangkui usia.

“Tapi ..seronok tengok kakak makan macam-macam waktu berbuka..Semangat sangat!,” sambung kakak saya ceria.

Teringat pula waktu mula-mula saya berpuasa dahulu. Kalau boleh, semua makanan saya nak sumbat ke dalam perut waktu berbuka. Husna pun begitu juga agaknya.
Apapun, saya kagum dengan buah hati saya yang seorang itu. Sekurang-kurangnya, puasanya bukan sekadar berlapar perut semata-mata, tetapi dia memahami juga kenapa dia berpuasa pada hari itu.
Saya juga mengharapkan begitu. Puasa yang bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga, untuk Ramadhan yang ke 21 dalam hidup saya ini, dan juga Ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah….

Tahniah Nur Wirdani Husna binti Shaiful Anuar!!!

Husna~muka bangga

Husna~muka bangga

p/s: Hari ke dua Ramadhan, puasa Husna hanya sekadar sekerat hari. Atas rasional: Tak bersahur..Hurmm..boleh dimaafkan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun=p

Pengabdian, Ingatan & Ramadhanku,

Hanya untukMu, Ya Tuhan…

Amin..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!

p/s: Mohon ampun pada semua atas salah silap dan segala kekhilafan..Selamat menjalani ibadah yang khusus untukNya ini dengan sebaiknya!!

Alhamdulillah..

Syukur pada Ya Fattah yang sentiasa melimpahi kami dengan rahmah dan hikmahNya yang tak terhingga..

Johan Debat Alam Sekitar 2009. Kali ke tiga gandingan ini bergelar Johan di pentas akhir, sekaligus menamatkan kemarau selepas kali terakhir UPM mengungguli Debat Alam Sekitar pada tahun 1994.

debat alam sekitar

Tahniah buat semua!

Abang Syam, Ammar & Abang Amir….

Terima kasih atas peluang , tunjuk ajar dan apa-apa sahaja yang anda berikan sepanjang DAS dan juga sepanjang saya menjadi sebahagian warga KDBM Putra..Terima kasih juga sebab jadi team mate yang baik..hehe..Maaf atas segala kekurangan & keterbatasan saya ..,Apapun, saya yakin. Kejayaan itu bukan semudah yang terlihat tanpa usaha, kesungguhan dan keyakinan yang sebenar-benarnya yang saya dapati dalam diri anda semua..Saya percaya.

Tahniah juga buat semua ahli KDBM Putra yang tak henti-henti berusaha dan membantu…Sparring,Stay up malam-malam dan bersengkang mata untuk siapkan `assignment’,( mungkin boleh buat juga utk debat kemerdekaan nanti ~if no objection la..hee), bagi `ceramah’ alam sekitar yang sangat membantu( special untuk Kak Shida), cari maklumat sehingga ke `titisan darah’ terakhir~sampai dah nak masuk waktu prep , dan sentiasa bagi sokongan dengan tepukan2 yang sering dinantikan waktu perlawanan…heee=)

das sume

Dan tahniah juga buat mereka yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung..Kerana usaha dan doa anda mendapat tempat di pangkuanNya….

p/s: Good luck UPM untuk Debat Kemerdekaan & debat-debat seterusnya…

~sangat terharu dengan mesej dari adikku, PA semasa di UTP..thanks a lot & La Tahzan k,hehe…

piCSaya percaya. Ada perkara yang lebih bermakna dari eloknya perbuatan yang dizahirkan dan indahnya kata-kata yang di ucapkan.

DOA yang hanya didengar olehNya,penuh kehambaan , keyakinan & pengharapan…

p/s: perlu belajar untuk rajin berdoa….

65a5e5d1be156788

It is not about the dignity or priority….

Also not about the quantity…..

But, it is all about HOW  you say and HOW you handle it..

Understand it…

p/s: i hope i can understand, HOW..

Pagi ini, macam biasa yang saya lakukan sejak 2 bulan setengah yang lepas, berjalan kaki di awal-awal pagi.

Bezanya, tujuannya bukan ke pejabat Jabatan Kesihatan, DBKL dan bukan bersama dengan rakan-rakan `seperjalanan’ saya, Yen, Raja dan Nadiah lagi.Tapi dengan kawan lama yang sentiasa bersama..Berkejar-kejar juga tapi bukan untuk punch card lagi tapi kerana mengejar waktu masuk ke kelas pertama semester ini di UPM nan permai..

Rasa janggal. Macam baru semalam sahaja saya berada di pejabat ‘menjadi’ Pen. Peg Kesihatan Persekitaran.

Siasat aduan warga kota yang bermacam-macam dan tak sudah-sudah, ‘melawat’ pelbagai tempat yang sebelum ini jarang saya jengah dan tak terfikir pun untuk menjengah( tapak binaan, transfer station, hotel,sekolah-sekolah, disco,pub dan bar( lebih-lebih lagi)..Makan-makan bersama( selalu sahaja dijamu dan dibelanja)….

Semuanya kenagan yang saya tak akan lupa sampai bila-bila.Kenangan yang perlu supaya saya menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya..(amin..)dan kenangan yang perlu supaya markah Latihan Industri saya tertulis A hendaknya..(amin..)hehehe

p/s: pening fikir report LI..

saya tahu saya akan rindu suasana di sana…

gambar-gambar akan menyusul bila cik tenet dah sihat nanti..