Cahaya Harapan

Dia cahaya harapan.

 Lagi- lagi buat yang suka melukut di tepi gantang seperti saya. Maknanya dia cahaya harapan saya. Tetapi, tidak  menafikan dia juga cahaya harapan kami, cahaya harapan mereka dan juga cahaya harapan si dia.

Kerana dia memang cahaya harapan.

Dahulu, masa saya mula- mula menjejak kaki di menara gading, pertama kali saya lihat cahaya harapan, hati saya sudah pun terasa silau-silau cahaya harapan itu. Sebab cahaya harapan datang ketika saya  memang perlukan cahaya, buat menyuluh gelap kelam  rasa di hati bila hidup tidak banyak berteman di tempat orang.

Bukan untuk pertemuan pertama itu sahaja, malah untuk hari- hari seterusnya, cahaya harapan tetap cahaya harapan.

Saya yang sengaja memilih menjadi orang yang tidak mahu berdikari ini, mungkin agaknya kerana tahu ada cahaya harapan.

Kerana, saya senang-senang memilih untuk menyerahkan tugas yang pelbagai pada cahaya harapan.

Dari mengisi ruang pemilihan dan pendaftaran kursus yang sebenarnya boleh sahaja saya uruskan sendiri,  menemani saya ke mana- mana, menguruskan urusan- urusan teknikal yang pastinya bukan kelebihan saya, melayani masa- masa saya ketika ada air mata dan ketawa, memberi kata- kata semangat , memberi peluang untuk saya merasa menjadi PEMBULI….

OH! Dia memang cahaya harapan! Kerana banyak lagi fungsinya sebagai cahaya harapan saya…Sampai kadangkala , hati saya selalu juga bertanya, tidak penatkah dia menjadi cahaya harapan??????

Tapi, mungkin agaknya kerana semuanya berasal dari namanya…

CAHAYA HARAPAN.

CAHAYA HARAPAN aka NOR AMALINA...

 

Oh, Nor Amalina ku…

Selamat ulang tahun ke 22 menjadi cahaya harapan…! moga diberkati hidup, dipermudahkan urusan, dimakbulkan doa dan pengharapan dan selamat berbahagia di dunia dan akhirat…amin…

p/s: hehhe…surprise bukan,amalina??hihi..sori ya melin 4 my ketakperasanan itu…=)

About aqalbu


2 responses to “Cahaya Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: