Musim hujan..

Sudah musim hujan. Bulan 11 sudah mahu menjengah.

Ampaian bergerak sudah diangkut ke tempat berteduh, bawah bumbung supaya produk mesin basuh kering sahaja, tidak lembap-lembap berbau hapak.

Hujung minggu yang sudah, adik beradik anak beranak sudah gotong royong membuat longkang. Ada juga yang  sapu-sapu sampah dan daun kering sementara tanah masih kering. 

Di dapur, menu- menu juga sudah berubah-jenis dan jumlah. Panas- panas dan banyak- banyak. Kerana basah di luar  buat orang jadi segan mahu menjengah ke luar, lalu duduk menghadap makanan di dalam.

Basah..renyai-renyai...

 

Hujan turun. Ada bunyi- bunyi air turun dari atap. Ada mendung- mendung awan hitam di balik tingkap.

Mata pun terbuai- buai dalam gebar empuk..Mood bertukar posisi..Lambat- lambat dan klasik nasional..

Oh, jangan! Hidup di luar masih segar. Perlu bersaing dan cepat- cepat bergerak. Kerana mungkin rezeki akan lari meninggalkan, mereka yang masih bermusim hujan….

About aqalbu


One response to “Musim hujan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: