Ubat

” Nanti makan la ubat ni lepas makan malam..nanti ayah beli lagi..,”

Saya menyambut dua biji ubat berwarna oren dari tangan ayah- Rotexcin Tetracycline HCl– Mak kata itu `ubat kacang’.  Dari minggu lepas mak tak lupa memesan ubat oren itu. Ubat itu nostalgia, betul- betul mengingatkan masa kecil waktu diri selalu dihinggapi penyakit yang macam-macam.

Dua tiga hari lepas juga mak ada menghulurkan bedak sejuk. Katanya, elok untuk mengeringkan kulit yang macam berluka ini. Lagipun, ayah dah `jampi-jampi’ sedikit dengan doa-doa.

Bila antiseptic body wash, hand sanitizer atau Prickly Heat  Powder seolah-olah sudah tidak mampu menangani kulit yang sensitif ini, saya betul- betul mahu mencuba ubat kacang dan bedak sejuk itu.

Kedua-duanya bukan pilihan kedua, tetapi pilihan pertama. Lebih-lebih lagi di hati ini.

p/s: Ya Allah, kasihilah ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihi kami sejak dari kecil…Amin Ya Rabbal Alamin, Ya Rahman, Ya Rahim….

Pembetulan: Sebelum ini, saya ada meletakkan ayat ini pada entri ini: Kecil-kecil dahulu, itulah ubat yang selalu menyembuhkan.Sehinggalah ditegur oleh seorang rakan, bahawa ayat itu tidak sesuai diletakkan kerana berkait dengan aqidah ,keEsaan Tuhan, kepercayaan kita sebagai Muslim bahawa hanya Tuhan yang mampu menyembuhkan, bukan kerana ubat itu..Saya memohon maaf atas kekhilafan ini kerana ayat itu ditulis dengan niat untuk membayangkan bahawa ubat itu lah yang selalu digunakan semasa saya kecil-kecil dahulu, dan tidak terlintas untuk menyatakan ubat itulah yang menyembuhkan saya, bukan Allah.Kerana sememangnya hanya Dia sahaja yang punya kuasa ke atas kita..

Saya memohon keampunan Allah atas kecuaian ini…Astagfirullahalazim…Semoga ia menjadi teladan buat semua.

Terima kasih buat sahabat saya untuk teguran ini..

About aqalbu


2 responses to “Ubat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: