Hospital

Semalam saya ikut mak, ayah dan Abang Saiful, abang ipar saya ke hospital (HTAA, Kuantan).

Tok Su lah, datuk saudara saya kemalangan. Dari luaran, kelihatan cederanya agak ringan, cuma patah tulang sedikit di bahagian lengan kiri. Tetapi, kami diberitahu tiga hari lepas Tok Su Lah dimasukkan ke ICU kerana mengalami sesak nafas. Rupa-rupanya, disebabkan hentakan dari kemalangan itu, usus-ususnya ternaik ( saya tidak tahu terma apa yang sesuai.he) ke bahagian atas dan melilit di paru-paru. Aduh…saya tidak dapat bayangkan bagaimana sakitnya apalagi buat yang berusia 71 tahun seperti beliau. Tapi alhamdulillah, pembedahan itu berjaya dan sekarang Tok Su Lah hanya perlu menerima rawatan susulan.

Cuma, apa yang lebih memberikan kesan kepada saya adalah suasana di hospital itu.

Ya, hospital adalah terapi terbaik buat hati supaya sentiasa mengingati mati dan sedar malang itu memang tidak dapat dihidu. Tetapi, ia juga seolah-olah drama sedih atau  aksi ngeri yang berlaku di hadapan mata.

Sungguh, saya tidak mahu menjadi pelakon atau penonton drama-drama sebegitu jika boleh membuat pilihan.

Saya betul-betul tidak mahu.

p/s: saya doakan agar kita semua selamat dari bala bencana  dan diberikan kesihatan yang baik..kalaupun ia datang sebagai ujian untuk penghapus dosa, biarlah yang mampu ditanggungi upaya kita….amin..

~~ `ada hikmahnya Allah tidak jadikan saya yang `sensitif ‘ ini sebagai doktor(seperti Dr. Raini.he),’ kata mak saya..~~

About aqalbu


2 responses to “Hospital

  • rainiey152

    teruk ke tok su lah, harap2 cepat sembuh.. insyaAllah..

    hehe.. nida mmg sensitif la.. jd doctor mmg xleh sensitif sgt.. kene well balanced.. hihi..
    setiap kite kan ade part2, peranan in this world.. complement each other.. n ape2 pun, insyaAllah itu yg tbaik utk kite..

    tatau la bile title Dr. Raini tu bakal dpt.. hopefully in next 3/4 years.. amin.. hehe..

    • aqalbu

      Tok su dah boleh makan…cuma paru2 dia yg kena tgok2 lgi..tangan nak kena simen pulak..amin, moga cepat sembuh..em, betoi2,..mmg xboleh saya ni..lebih2 pulak sentimentalnyer..memang kena tunggu Dr. Rainiey ni..insyaAllah, doctor 2 be!!!amin..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: