Koc wanita KTM- Praktikal ?

” Koc wanita, wanita sahaja sepanjang masa”

Kredit imej: http://www.ummusyuhadah.blogspot.com

Teruja. Setiap kali di stesen komuter, saya akan memilih untuk mencari tiang yang dicat warna merah jambu, supaya senang untuk masuk ke koc wanita ini. Jujurnya, pengasingan penumpang wanita dalam koc merah jambu ini bagi saya bukan satu diskriminasi. Malah lebih kepada mengangkat darjat wanita itu sendiri. Apalah sangat dengan pandang- pandang orang yang merasakan kaum wanita lemah dengan pelaksanaan koc ini berbanding dengan keselamatan dan keselesaan kita apabila berada di koc wanita ini.

Berasak-asak dengan kaum lelaki, gangguan seksual, celuk saku( bukan bermakna wanita tidak terlibat tapi majoriti kes) dan macam-macam lagi masalah yang tidak dapat kita nafikan apabila bercampur- campur dalam satu koc. Lagi- lagi, jika tidak ditemani ahli keluarga atau suami.

Cuma, praktikalkah koc wanita ini dalam mencapai tujuan asalnya?

Hari itu, saya lihat `wanita berjanggut’ masuk bersama ke dalam koc wanita semasa perjalanan dari Serdang ke Bank Negara. Bukan seorang `wanita’ begini, tetapi hampir mencapai sepuluh orang golongan yang diragukan jantinanya itu.

Saya terfikir juga, bagaimana pula dengan OKU yang mengalami masalah penglihatan. Adakah mereka boleh mengesan gerabak manakah yang menjadi koc wanita sekiranya tandanya hanya pada warna merah jambu dan pengumuman di pembesar suara?

Atau mungkin ada golongan ( terutama first timer) yang tidak tahu tentang kewujudan koc wanita ini. Apalagi, tandanya adalah sticker yang saya kira agak kecil dan tidak berapa jelas untuk menggambarkan ia hanya untuk wanita sahaja.( tapi rasanya masih pada tahap boleh dibaca kecuali pada yang buta huruf/ buta warna)

Saya menghargai usaha KTM menghantar polis bantuan untuk memeriksa jika ada yang `tersesat’ masuk ke koc wanita ini. Cuma, di sesetengah stesen yang tiada pengawal atau encik pistol ini,  masalah koc wanita yang akhirnya sudah tidak menjadi koc wanita ini akan berlaku ( koc campur-campur~~)

Kerana jelas, di dunia ini, begitu banyak golongan yang suka take for granted  dan i follow you.. Jika sudah ada seorang lelaki yang tegar untuk memasuki koc wanita ini, akan ada lelaki lain yang tegar untuk mengikut.,

Saya mengharapkan ada pembaharuan akan dilaksanakan. Bukan sahaja dari yang melaksana, tetapi juga yang merasa pelaksanaan ini. Jangan sampai koc wanita bakal menjadi kenangan kerana gagal ujian amali…

p/s: bukan anti-lelaki.hee

 

About aqalbu


5 responses to “Koc wanita KTM- Praktikal ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: