Demam campak

Tadi Kak Long sekeluarga balik ke rumah kami (~~ pulang ke kampung halaman~~). Hari ini, Abang Long  tak bekerja. Tapi tak lama, sebab anak- anak masih sekolah.

Cuma, kali ini agak suram, kurang  gelak tawa. Sebab , habis satu keluarga K.Long (kecuali K.Long & A. Long) kena demam campak. Habis satu badan bintik- bintik merah..Mula-mula K.Lang yang kena dahulu (tapi dah boleh ke sekolah hari ni), lepastu berjangkit pula pada orang lain…Kakak Fiqah, K.Ngah, K.Chik dan Jiha ( ramai juga ye anak-anak buah saya..hee). Dekat muka masing- masing dah macam kena jerawat. Risau juga kalau nanti parutnya tak hilang, habislah muka anak-anak dara K.Long saya ini..( sungguh keduniaan mak cik mereka ini)

Sebab itu jugalah K.long balik. Minta ubat kampung dan hantar Kakak Fiqah yang nak terus bercuti sekolah kat kampungnya ini. Yang lain walaupun dah boleh ambil cuti awal, tapi masih tak boleh berenggang dengan mak abah mereka.  

Apapun, saya harap semuanya cepat sembuh. Dan, harap-harapnya, demam campak tu tak berjangkit di sini pula. ( Orang kata kalau dah demam campak sekali, dah tak kena. Betulkah?)

p/s: makan malam tadi , Kakak Fiqah cuma makan bubur kosong sebab berpantang..Kasihan..

Teringat pada penduduk Gaza yang `dikunci’ rejim zionis, dapatkah mereka makan walaupun semangkuk bubur kosong ?

–Mari sama-sama doa-doakan keselamatan penduduk Palestin dan konvoi bantuan kemanusiaan yang diancam Israel laknatullah

About aqalbu


4 responses to “Demam campak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: