Bila berlebih-lebih

Makan itu nikmat.

Lagi bertambah nikmatnya bila makan makanan di rumah~~ apalagi kalau emak yang masakkan..hehe.

Tapi, mungkin kerana terlalu menghayati nikmat yang satu ini, saya kira saya sudah berlebih-lebih.. Makan..makan dan makan sehingga melampaui kapasiti si perut yang tidak seberapa ini..Tambah- tambah dengan bantuan encik metabolisme yang agak tinggi ini, cepat sahaja si perut minta di isi lagi..lagi, lagi sampai … akhirnya Si Otak terpaksa menghantar signal HAD  MAKSIMUM!! pada anggota badan lain.. Maka, kesannya adalah sehingga sesak- sesak nafas dan pitam..Sungguh berlebih- lebih.

ADAB- ADAB MAKAN DALAM ISLAM

Islam yang indah itu telah menggariskan pelbagai perkara, sebesar-besar hal sehinggalah sekecil-kecil hal termasuklah dalam persoalan adab makan…

Mulakan makan dengan bismillah, sudahi dengan alhamdulillah…Makan dengan tangan kanan…Makanlah ketika lapar, dan berhentilah sebelum kenyang.. Sedikitkan suapan dan banyakkanlah kunyahan.. Kutip makanan yang jatuh, demi menjaga keberkatan dan pada usaha melahirkan kesyukuran..Jangan meniup pada minuman yang panas, tetapi seelok-eloknya jamahlah makan yang sudah dingin..Ambillah makanan yang terdekat..Berbual- buallah yang baik-baik dan jangan sesekali mencela makanan..

Banyak lagi adab- adab yang digariskan.Senang dan praktikal, namun realitinya seolah-olah bukan senang untuk diamalkan..Apatah lagi buat yang sentiasa terlupa atau buat- buat lupa..seperti saya ini….

 Rasulullah s.a.w pernah bersabda: ” Tidak ada  bekas yang disi oleh manusia yang lebih teruk daripada perutnya sendiri, cukuplah baginya mengisi perutnya sekadar untuk menegakkan tulang punggungnya ( memberi tenaga)..maka jika ia tidak mahu, maka hendaklah perutnya itu dipenuhi dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya” 

Hadis riwayat: Ahmad, Ibnu Majah

BERLEBIH- LEBIH DALAM PERLAKUAN

Jika  signal amaran untuk makan yang berlebih- lebih akan dihantar pada anggota badan, begitu juga dengan perlakuan. Andainya perlakuan sudah berlebih- lebih (negatif ) , mudah sahaja sebenarnya mendapat signal amaran. Rasalah pada hati, dan percayalah ia. Kerana hati itu cenderung merasa tenang pada kebaikan, dan resah pada keburukan. Juga lihatlah pada kurangnya  amalan dan tumpulnya ingatan pada Tuhan.

Saat itu, jalannya, pulanglah pada Tuhan…

*** Saya mohon dikurniakan hati yang `berperasaan’ dan mohon dikeluarkan dari golongan yang berlebih- lebih…Amin ..***

p/s : cuba misi menstabilkan berat badan yang selamat~~

About aqalbu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: