Pakar ekonomi

Nilai sesuatu bukan pada duit . Ada orang melenting harga ayam RM 6.70 jadi RM 7. Siapa yang menilai pada harga ayam, dia marah tapi siapa yang menilai beza 30 sen tu, tak marah.

Sebiji gula- gula Hacks dengan harga RM1 . Perasaan anda? Jika pada nilai sebiji Hacks itu, anda akan melenting. Tapi jika anda melihat pada nilai RM 1 yang mungkin anda boleh dapati di bawah karpet atau tercicir dalam mesin basuh, anda akan rasa harga itu biasa sahaja, tak perlu melenting.

Mungkin intro untuk entri ini, agak pelik dan mempunyai unsur- unsur ekonomi. Tapi bila semakin saya memikirkan kata- kata kawan saya itu, ada satu soalan yang terfikir di fikiran.

Saya melihat pada nilai barang atau pada nilai duit?

Sebab, saya seperti kekurangan kemahiran untuk menilai. ( sampai membuatkan saya jadi seperti pemboros atau `penderma’ yang tak kena pada tempatnya..huu)

p/s: saya memerlukan pakar ekonomi

Mulialah orang yang qanaah, dan hinalah ornag yang tamak- Hadis Rasulullah s.a.w ( Mukashafah al- qulub, Imam al- Ghazali)

About aqalbu


7 responses to “Pakar ekonomi

Leave a reply to aqalbu Cancel reply