Ibrah- Bekal Untuk Jalan Baru

Lama betul tak masuk ke ruang `add new post’..

Ingat lagi masa mula-mula buat blog dulu, laju sahaja tangan menaip. Idea datang, mencurah- curah. Banyak pula cerita nak beritahu, rajin sahaja cari maklumat sini sana. Tambah- tambah dulu meriah sahaja dunia blog ni.

Tapi, makin lama macam malap sahaja. Lagi- lagi  aQalbu Yang Satu ni..hehe

Apapun, pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah jauh berjalan. Tinggal beberapa hari lagi nak ambil kertas peperiksaan terakhir sebagai pelajar Bacelor kat UPM, lagi 5 hari nak sampai due date kena hantar thesis yang dijilidkan, dah tak lama nak jadi alumni Kelab Debat UPM, lagi beberapa hari nak ucapkan `sayonara’ pada kawan- kawan yang rasanya baru sahaja bergelak tawa dan menangis sama-sama…dan macam- macam lagi yang akan saya dan mereka tinggalkan jadi kenangan..

Tapi, ibrah di sepanjang jalan yang saya lalui ini bukan sedikit yang boleh disematkan. Banyak benar Yang Maha Penyayang tunjukkan..Cuma, antara ia betul- betul saya jadikan ibrah , pengajaran atau saya tinggalkan atas nama manusia yang serba lemah dan penuh kekurangan..Sungguh, saya mohon Allah kelompokkan saya dalam golongan yang belajar menghayati ibrah dan sekurang-kurangnya berusaha untuk itu. Amin..

Apapun, saya harap, yang baik- baik itu saya jadikan bekal dan kekuatan, Begitu juga yang buruk- buruk, sebagai persediaan jika ada onak dan duri yang menanti di jalan baru yang akan saya tempuhi.

p/s: nanti mungkin lagi rajin saya meriahkan blog ini, bila dah jadi `suri rumah’  kat kampung halaman nanti..harap-harap jadi blogger sepenuh masa..hee

Rindu betul pada big boss, mem besar, anak-anak buah,  meng-meng n Mc Go (anak2 angkat saya yang mengada)

About aqalbu


3 responses to “Ibrah- Bekal Untuk Jalan Baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: