Kelas Motivasi

Kelas Dr. Hafizan untuk final year project saya yang bermula hari ni, mungkin kelas terawal untuk semester 6 (belum pun masuk semester baru lagi sebenarnya) & mungkin kelas paling `unik’ untuk pelajar fakulti saya.

Kalau kawan-kawan lain sibuk dengan bahan- bahan kimia, berulang- alik ke makmal, pergi merata-rata tempat dan bergelumang dengan peralatan , kami yang seramai 5 orang ini ( beserta akak2 master) pula `sibuk’ menghadiri kelas supervisor kami ini. Mungkin ada juga mereka yang gerun dengan nama projek kami yang ala- ala canggih dengan terma-terma seperti artificial neural network, discriminant analysis, chemometric, cluster analysis, PCA dan terma lain yang kelihatan `superb’. Mana tidaknya, sistem -sistem dan model komputer sebegitu memang asing  dan agak jauh dalam kamus hidup seorang pelajar alam sekitar. (Saya salah seorang dari mereka yang gerun sebelum ini)

Tapi apa yang boleh saya katakan, pepatah melayu `Tak Kenal Maka Tak Cinta ” itu memang ada benarnya . Mungkin pada awalnya saya sendiri `terpaksa ‘ untuk mengenal prediction model~Artificial Neural Network itu, tapi jujurnya saya tidak langsung rasa terpaksa untuk `cinta’ pada subjek penting FYP saya ini. Mungkin kerana saya berjaya difahamkan dengan kepentingan ilmu ini oleh supervisor aka pakar motivasi kami itu..( beliau adalah pensyarah Fak. Alam Sekitar,UPM , berumur 30an, sudah berkahwin & mempunyai cahaya mata )hehe.

Baiklah. Yang atas itu cuma muqaddimah untuk entri ini sahaja. Sedikit pengenalan untuk watak utama  (Dr. Hafizan ) dan input berguna untuk entri `kelas motivasi’  ini.

Sebenarnya, saya  nak berkongsi tentang motivasi yang saya perolehi dari kelas Dr. Hafizan hari ini.( hari ni kami hanya mencari jurnal-jurnal dan sedikit pengenalan penting untuk persediaan projek, selebihnya  adalah `kelas motivasi’). Antara intipati motivasi beliau:

  • Sekiranya kita berada di atas, atau sudah mencapai puncak kejayaan dan menjadi orang tertinggi, jangan sesekali lupa atau meninggi diri..kerana kita pernah juga berada di bawah…
  • Jangan pernah menetapkan matlamat untuk  berjaya semata- mata untuk mendapatkan pengiktirafan, jawatan atau perhatian tinggi dari orang lain kerana semuanya itu tidak akan membawa kita ke mana. Buanglah sifat riya’, sombong , takbur kerana anda akan merasa lebih bahagia sekiranya anda bebas dari itu semua..
  • Nilai keikhlasan dan hubungan baik sesama manusia itu sebenarnya jauh lebih bermakna dari segala pengiktirafan dan kemewahan dunia yang diperoleh..
  • Tanggungjawab seorang pelajar adalah untuk menuntut ilmu, berguru , menghadiri kelas , melakukan tugasan dsb..maka tunaikanlah tanggungjawab itu bila anda adalah seseorang yang bernama pelajarkerana itu tanggungjawab anda yang akan dipersoalkan di akhirat kelak…
  • Jujur lah dengan ilmu kerana keberkatan itu akan anda bawa sepanjang hidup anda di dunia ini dan semestinya di `sana’ nanti..
  • Sekiranya anda dikhianati, percayalah rezeki Tuhan itu luas dan ada di mana-mana kerana Tuhan itu  Maha Adil sifatnya..

Ada lagi..(mungkin lebih menarik)

  • Kaum lelaki janganlah kahwin dua sekiranya anda tidak bersedia untuk bersusah payah selepas itu
  • Akad nikah, perkahwinan  dan isteri bukanlah perkara mainan seperti anda menukar pakaian (khas untuk lelaki~ boleh juga untuk perempuan)
  • Untuk perempuan, pilihlah lelaki yang senang untuk di `handle’ walaupun ada kekurangan dari paras rupa atau fizikalnya kerana fitrah lelaki itu yang unpredictable..(boleh berubah arah bila2 masa)hehe

Menarik bukan kelas motivasi kami?hehe

Cerita soal kahwin mawin ni, saya nak ucapkan tahniah untuk kawan2 yang dah / akan bertunang atau dah/akan berkahwin. Semoga berbahagia hendaknya..Pada yang belum, semoga kita ditemukan dengan jodoh yang terbaik.Amin..cewah.Saya titipkan doa yang saya petik dari kad jemputan pernikahan yang dikirimkan pada saya:

 Ya Allah,..

Jadikan mereka sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,

saling menjaga kehormatan di kala jauh,saling menghibur di kala duka,

saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan & ketaqwaan,

serta saling menyempurnakan dalam peribadatan..

Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s: Terima Kasih Dr!!

About aqalbu


2 responses to “Kelas Motivasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: