“Mak,cuba eja..”

“Mak..cuba eja kereta..” pinta seorang  budak lelaki lingkungan 4 tahun di kerusi sebelah.Perjalanan menaiki bas Plusliner dari Kuala Lumpur-Kuantan hari itu tidak sunyi seperti biasa.

“K–E–R–E–T–A,” balas  si ibu satu persatu.

“Labu?” pinta si anak lagi.

“L–A–B–U,”si ibu menjawab lagi.”Bukan..Tu ejaan tebu la,”rungut si anak.Si Ibu hanya ketawa dan menerangkan yang sebetulnya pada si anak.Mungkin memahami perkembangan anaknya yang sudah memasuki peringkat usia  yang dipenuhi perasaan ingin tahu dan mencuba.Begitulah seterusnya, ada sahaja soalan yang diajukan adik kecil tersebut, dari ejaan perkataan sehinggalah sifir dan kira-kira.Namun, si ibu tidak berhenti menjawab walaupun kadangkala kelihatan sekali sekala menutup mulut kerana menguap.

Saya yang berada di sebelah mengerling sekali sekala.Teringat pula sewaktu saya kecil dahulu.Saya juga seperti adik itu.Selalu meminta emak saya bercerita itu dan ini.Dari kisah dongeng, fairy tale,gossip-gossip..Sampailah sekarang, saya selalu sahaja `memaksa’  emak saya bercerita dan mendengar saya bercerita.Namun, emak saya tetap emak saya yang dahulu.Tetap sabar melayan karenah si anak yang banyak celotehnya ini.
“Mak!”

Saya memandang ke tepi.Adik kecil itu memeluk ibunya.Si ibu pula dengan penuh mesra memaut semula anaknya.Seolah-olah lupa dengan kepenatan melayan karenah anaknya itu.

Saya jadi sebak.Terdetik di hati saya….

Andai kata suatu masa nanti, emak dan ayah saya sudah tidak punya upaya dan sering meminta-minta, adakah saya sebagai anak akan memenuhi setiap permintaan mereka dengan sepenuh hati dan jiwa?

Atau..

Jika dipanjangkan usia, saya ditakdirkan menjadi ibu kepada anak-anak yang begitu banyak keletahnya, adakah saya akan melayan setiap kehendak mereka dengan penuh sabar dan redha?

Ya Rabb,Ya Rahman..Ya Rahim..

Saya bermohon agar Allah menggolongkan saya di kalangan hamba- hambaNya yang bersabar..Dan semoga dipinjamkan sifatNya yang penuh kasih sayang itu kepada kita agar akhirnya kasih sayang itu akan membawa kita ke syurga..Amin…

About aqalbu


9 responses to ““Mak,cuba eja..”

  • biha

    amin..doakan biha begitu juga..

    aqalbu: amin…hehe..biha mesti jd mak yg comeyl..

  • Iqa

    Amin..
    Semoga akak juga begitu…

    aqalbu: amin ya Rabbal alamin..insyaAllah(berdasarkan potensi semasa)

  • anaktupai

    untuk nida yang bakal bergelar ibu, ternanti2 siapakah bakal ayah kepada anak2 nya….hihihihihihihihihi…..

    aqalbu: hehe..tungguuuu..kiki

  • badrishak

    amin…doakan saya begitu juga..
    tp jd suami lah…ihuhuhu
    yg baek2 belaka ehk..

    aqalbu: insyAAllah..amin..kalau leh jadi pak cik yg baik, mst bleh nyer nanti jd suami n ayah yg baik gak..hihi

  • Iqa

    ‘amin ya Rabbal alamin..insyaAllah(berdasarkan potensi semasa)’

    p/s: Tak paham yg dlm kurungan tu….

    aqalbu: berdasarkan potensi semasa,makna kata~dah nampak la ciri2 anak solehah n ibu mithali..hehe

  • bdk kecik

    sebak lak bc entry nida kali neh…
    ni lg menrik hati nk balik umah!
    huhuhu

    aqalbu: jgn sedih ye,budak kecik..nanti kita balik sama2 maulidurrasul ni..(yeay,balik lagi..hihi)

  • put3alam

    amin….smoga akak jd anak & ibu yg soleh…

    aqalbu: utk fiza pun,..semoga jadi anak dan ibu comeyl yg solehah..amin..

  • zetty89

    akak…
    bace entri ini..
    teringat pula akan tanggungjawab untuk masa depan…
    adakah saye mampu untuk menjaga kedua ibu bapa saya…
    adakah saye mampu jadi seorang ibu yang baik..
    adekah saya akan menjadi isteri yang taat…
    risaula…
    saye takut saya tidak menjalankan apa yang sepatutnya…
    berdoa same- same agar hati tidak berpaling dari kehendak asal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: