Dua Yang Tak Selari

Tajuk latihan debat malam tadi,agak berat bagi saya.Ekonomi senjata memerangi keganasan global.Macam kata Biha dan dipersetujui Fiza,bila sahaja isu tentang dunia Islam,nasib orang seagama,lebih-lebih lagi isu Palestin,perasaannya berbeza.Semangatnya seperti kita `berperang’ di medan perang walaupun lapangannya di meja debat.

Saya pun teruja dengan tajuk ini.Dalam proses mencari,saya berjumpa dengan manusia-manusia di alam maya yang berjuang dengan cara mereka sendiri melalui blog dan laman web mereka.Ratusan post dedikasi untuk Palestin sepanjang bulan Januari dalam blog seorang blogger,sangat mengagumkan saya.

Saya teringat kata-kata K.Iqa yang membuatkan saya berfikir.“Bila bincang-bincang pasal isu Palestin,isu dunia..makin akak rasa bermakna masuk debat.Ini yang akak cari..”.Saya cuba memahami.Ruang penambahan dan perkongsian ilmu dalam lapangan ini sememangnya sangat besar erti dan maknanya.(K.Iqa,sila betulkan kalau tersilap interpretasi..hehe)

TETAPI..

Gerak langkah saya selalu tak selari.

Hati saya bersemangat untuk berdebat malam tadi,tetapi tak tergambar pula sepanjang 7 minit saya bersuara.Langkahnya lesu, tersekat dengan kelemahan saya menyusun idea dan kelemahan lain yang masih tak bertemu penyelesaiannya.

Saya bertekad untuk menumpukan perhatian dalam kelas sejak pagi tadi,tetapi entah tumpuan apa yang saya berikan dalam setiap kelas sepanjang hari ini.

Dua yang tak selari..Niat dan amali..

“Nothing is fatiguing as the hanging on of an uncompleted task..”-William James.

Benar.Letih rasanya bila ada sahaja kerja yang tak sudah-sudah.

Saya bukanlah peminat setia teori falsafah.Tetapi tak tahu kenapa,dua tiga hari ini,hati saya agak terubat dengan ayat-ayat falsafah..

“One of the reason noninitiators have such a difficult time getting started is that they focus their attention on tomorrow instead of today.Jazz musician Jimmy Lyons remarks :

*Tomorrow is the only day in the year that appeals to a lazy man*

Itu satu lagi ayat falsafah yang menarik qalbu saya.

Apapun ,saya berharap segalanya akan bertambah baik.Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok pun lebih baik dari hari ni.Sungguh,sangat memenatkan bila ada perkara yang tak tercapai dan masih tak selesai.Lagi-lagi,bila yang dua itu tak selari..Niat dan amali yang seringkali `bersendiri’..

p/s:entri ini sebenarnya didorong oleh satu lagi ayat falsafah.

“Successful people don’t need a lighted fuse to motivate them.Their motivation comes from within”-JohnC.Maxwell

About aqalbu


6 responses to “Dua Yang Tak Selari

  • redapples

    bayi yang mahu berjalan perlu bermula dengan pelbagai dugaan. Dari baring sahaja, bayi perlu belajar meniarap. kemudian belajar duduk, kemudian belajar merangkak. Bila nak belajar berdiri pasti jatuh beberapa kali. Bila bertatih, pasti terluka beberapa kali juga. Namun kenapa bayi terus mencuba?? Sebab semangat dan keinginannya utk berjalan dan belari seperti orang dewasa.

    dalam debat begitu juga. kita perlu belajar satu persatu. Tidak pernah ada pendebat yang lahir terus menjadi pendebat yang hebat. Pasti perlu melalui pengembaraannya tersendiri. Journey Nida. Ingat ini journey. hanya yang mempunyai keazaman yang tinggi dan iltizam yang menggunung dapat menggapai apa yang diimpi.

    Debat perlukan KEAZAMAN!!!

    aqalbu :thanks,a.syam!insyaAllah,sy cuba build up keazaman tu satu persatu..n saya doakan Allah permudahkan journey a.syam yg mungkin lebih berliku..Amin…

  • lily

    sori gak sbb main2 je time kte2 dok kat blkg,,
    mmg lain klau dok kat dpn n kat blkg,kn..?

    aqalbu : nida pon main2 gak..hehe..sgt betul ly,macam ly cakap,semakin ke belakang,semakin banyak syaitanirrojim…..

  • Iqa

    Betul interpretasi nida tu. Tetiba rasa segan plak. buts thats my world. even in my family pun, slalu bincang pasal isu semasa. Sebab tu klu dikalangan sepupu akak, akak slalu ketinggalan dulu.

    p/s: tersentap skit ngan ayat2 falsafah tu. Sgt bermotivasi. (adakah ayat tu dari buku ‘talent is not enough?’)

    aqalbu : thanks k,iqa for your `word’..hehe..aah..dr talents is never enough..nanti bila nida abis baca,leh nida share kan,k=)

  • biha

    huhu..nida boleh!! caiyok-caiyok!!

    aqalbu: thanks,biha!!u too,chaiyok2!!

  • solehah

    nida…
    saya pn alami perkara yg sama…
    puas sy fikir camne nk atasi mslh ni…
    kdg2 tu,sy rs tension sgt….
    cuma skrg ni,sy harapkn kt kn2 je bg smangat…
    smga kita dpt wat yg terbaik…
    Chaiyok,nida…

    tq, miss yang..nida doakan yg terbaik utk kita..amin..=)

  • Iqa

    Comelnye biha….

    aqalbu : biha memang comel..jeles ea..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: