Mari Berkenalan

Siapa ni?

300px-ehud_olmert_and_george_bush_2

Kalau nak tahu, yang ber tai biru belang-belang tu,namanya Ehud Olmert..Ala..Perdana Menteri Israel yang popular tu.Dia seorang `pencinta keamanan’..Sebelahnya pula,his`best friend-forever ‘ .Rasanya semua orang kenal..`Pejuang anti keganasan dunia’,George W.Bush..

Walaupun tinggal sedikit sahaja masa untuk Encik Bush memerintah negara kesayangan Israel itu sebelum diganti Encik Obama(mungkin adik beradik emas Israel juga),banyak yang disumbangkan oleh beliau..Peperangan memerangi keganasan di Afghanistan selepas Tragedi 11 September,tragedi di Lebanon dan sekarang pula,di Gaza..Tahniah untuk kedua-duanya..Kasihan juga untuk mereka.Israel sekarang diserang `pengganas’ Hamas.US pula dapat tempias akibat boikot orang ramai terhadap produk mereka..

Yang ni pula,siapa?

ismail-haniyehOh,yang ini?Namanya Ismail Haniyeh.Pejuang Palestin atau lebih tepat ketua pejuang Hamas.Orang kata dia ketua pengganas ..Ye lah,banyak yang dilakukan oleh anak buahnya untuk menyerang Israel..

Seperti yang didakwa Israel dalam laman web Ministry of Foreign Affair mereka..

Since the beginning of the IDF operation in Gaza,(Dec 27,2008)four Israelis have been killed.294 wounded by rocket fire.771 rockets and mortar have been fired at Israel

idfcastlead1

Banyaknya kematian penduduk mereka..Kasihan..

Yang ini pula siapa?

gaza0043Rakyat Israel ke ni?Bukan,ini rakyat Palestin..Dengar cerita sejak serangan Israel-Palestin hanya lebih 1000 orang sahaja jumlah rakyat Palestin yang terkorban…Ala,tak mengapa..Mereka kan `pengganas’..Itulah bayaran untuk mereka setelah `mencabuli gencatan senjata’

Ada lagi cerita….

Dengar-dengar(bukan dengar-dengar lagi,dah termaktub pun),Israel dan United States sudah buat memorandum Persefahaman pada 16 januari..Apa pulak ni.Namanya:Memorandum Of Understanding Between Israel and United States Regarding Prevention of Supply of Arms and Related Materials to Terrorist Group.Wah!Gah bunyinya,semakin kuat kerjasama dan hubungan baik mereka!

Isi di dalamnya pun bagus.Antaranya yang menarik perhatian,Israel dan US akan meningkatkan kerjasama dari aspek ketenteraan,sistem maklumat,kepakaran,bantuan dalam menangani isu Gaza..

Oh,sebab tu lah makin hebat serangan mereka di Gaza.Dalam Berita Harian pun cerita,tentera Israel bedil hospital pula..16 pusat perubatan musnah,13 pekerja perubatan maut,22 lagi cedera dan 16 ambulans musnah..

Entahlah ..

Sampai bila si `pejuang keamanan’ dan rakannya `pejuang anti-Keganasan’ akan `terus berjuang’…

Sampai bila pula si `pengganas’ dan perindu syuhada akan terus bertahan dengan perjuangan Intifadanya..

Sampai bila pula saudara-saudara yang diikat dengan kalimah SyahadahNya di serata dunia akan terus memakukan mata pada tragedi yang seolah-olah tiada penghujungnya..

Sampai bila pula, kita akan terus main `chipsmore-sekejap ada sekejap tiada’ terhadap isu boikot yang mampu merubah suasana..

Sampai bila?

Allah telahpun berjanji,suatu masa kemenangan itu akan berpihak juga buat kita,orang Islam dan untuk mereka yang berjuang di Palestin ..Namun,buat sementara,lakukanlah sesuatu untuk mereka dan Ad-Din ini supaya di akhirat sana,tiada siapa yang akan mempersoalkan peranan kita yang tidak tertunai.

Mengambil semangat seperti yang disebutkan oleh Ismail Haniyeh:

Ultimately,Palestinians are a people struggling for occupation and establishment of independence state of Jerusalem as its capital and the return of its refugees to their villages from which they are expelled.

Whatever the cost,the continuations of Israel massacres will neither break our will and our aspiration for freedom and aspirations!

Advertisements

About aqalbu


9 responses to “Mari Berkenalan

  • Iqa

    1st time akak sebak bila baca blog org pasal palestin. Tahniah Nida. Entry ni lebih tersentuh berbanding ‘surat utk Ismail Haniyeh’.

    p/s: Sedang mengesat air mata dan bemonolog sendiri..(apa yang aku dah buat utk agamaku?)

    aqalbu:Alhamdulillah..Dgn izin Allah..Lain org lain cara pendekatan sebab lain kebolehan,kemampuan n pemikiran..
    Saja nak sharekan satu hadis Rasulullah s.a.w:Sesiapa dr kamu melihat kemungkaran,hendaklah ia mengubahnya dengan tangan.Andai tiada kemampuan,ubahlah dengan lisan.Jika masih tidak mampu,kecamlah dalam hati.Sesungguhnya,yang demikian itu adalah selemah-lemah iman..(Riwayat Muslim)
    Semoga usaha kita(walaupun sedikit) mendapat keredhaaan Allah…

  • epul

    mmg entri yang menarik..kekadang selalu terfikir..ape sumbangan kita sebagai saudara seislam untuk saudara seislam yang sedang ‘disembelih’ si celaka israel..?cukupkah dgn berdoa dan simpati..mane negara2 islam yang lain..cukup ke dengan demonstrasi & kutukan dari luar aje?

    aqalbu: pernah terbaca satu entri..perkara paling baik yang boleh kita lakukan diluar kemampuan kita( tenaga,kuasa dll) ialah mengubah diri kita,menghidupkan semula jiwa dgn Islam yang sebenar..wallahualam..

  • izzatie

    kadang-kadang bila terbaca entri cam ni baru kita akan rase insaf dan akn wujud rase empati dalam diri kita terhadap saudara seakidah kita, tapi cukup ke dengan rase insaf yang sekejap tu tanpa buat ape-ape..itu yang selalu terlintas di hati ini…

    aqalbu:harap2,bila empati tu dah wujud,ada kekuatan dlm diri utk buat sesuatu yg lebih baik dan bermakna..amin..

  • Iqa

    Sentap!

    aqalbu: me too..hehe..sentap ngan post sendiri..

  • suraya

    kalu nida nk tau pasal palestin lg..tgk la http://www.palestinkini.info..🙂

    aqalbu: tq,miss suraya!!hehe..welcome 2 my world=)

  • rainiey152

    bila nida da mula menulis.. hehe..
    bgus2 nida.. teruskan menulis.. kite usahakan mne yg tmampu..
    kt sni.. da dlm 4 5 kali wat demo against israel..
    dpt gk sy join aritu sekali.. 🙂

    aqalbu: kadang2,kat negara kuffar la islam tu lg subur..lg menyala p’juangan muslim yg hidup dlm minoriti,kan…hehe..u 2,slamt b,juang!

  • aku

    aku nie sorg yg jahil bab2 agama…bl libya memberontak nak menghapuskan gadafi br la mencari knp n mengapa n sampai tergerak ati nak tau ape yg membzkan antara hamas dan fatah…sebgai org sunni aku akan akan ttp menyokong org sunni…tp skrg nie dgr2nye sunni wahabi dah ml merebak di malysia…rsnye kn kaji sedalam2nye baru leh komen coz tkt slh komen n slah pemikiran blh tersesat akidah

    • aqalbu

      terima kasih, ina..saya juga mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah..n sy jga bersetuju perlu kajian mendalam supaya dpt menjauhkn dri kesesatan akidah..entri ini sbnrnya berniat untuk highlight pada kekejaman yahudi n semangat untuk menentangnya..kekurangan , salah tafsiran pada entri ini, saya pohon maaf..saya rasa , untuk komen tentang hamas, fatah, sunni wahabi, pendirian dan pegangan mereka dgn lbh detail, saya sendiri perlu lebih kajian..wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: