Debat IKIM 09

Alhamdulillah..

Selesai satu lagi perjuangan..Walaupun titik noktahnya tidaklah seperti yang kami harapkan,tetapi syukur pada Ya Rabb yang tidak pernah meninggalkan hambaNya tanpa pedoman.

dsc022301Debat IKIM memang berbeza.Itu yang dapat saya akui selepas merasai pengalaman berkampung di IKIM selama hampir seminggu.

~makanan yang extra sedap dan ala-ala hotel,berbeza dengan hidangan biasa di perlawanan debat yang lain(kredit untuk IKIM..hehe)

~tawaran hadiah yang lumayan,RM 15000 untuk pasukan & RM 10ooo untuk kelab debat, bagi mereka yang bergelar Johan..Berganda-ganda dari hadiah dalam debat-debat lain

~Tiada celahan.Tajuk dan posisi diberikan lebih awal..Penghakiman pula kadangkala di luar jangkaan.Ada kala markah persembahan dan bahasa mengatasi pengisian..Teknikal debat pula tidak begitu menjadi persoalan..Kesimpulan,Debat IKIM sebenarnya ala-ala syarahan agama berkumpulan..Maka senarionya,banyaklah ustaz dan ustazah baru yang dilahirkan..hehe..

Semuanya seperti yang digambarkan oleh Kak Pae dan Abang Boan sebelum kami datang..Tapi sebenarnya apa yang saya dapat lebih dari gambaran itu.

dsc02213

Debat ialah soal tanggungjawab seorang pendebat..Tangunggjawab untuk menyampaikan apa yang difahami dan perlu orang lain fahami ..Tanggungjawab untuk berusaha dan berjuang seikhlasnya tanpa dipengaruhi habuan dunia..Tanggungjawab untuk memberi selagi boleh memberi..Tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran dalam kepandaian..

Berdebatlah selagi mana ia boleh mendatangkan taqarrub antara seorang hamba dan Pencipta..

p/s:

-terima kasih untuk rakan sepasukan,Kak Pae, Abang Boan dan Abang Fazil…Seronok dapat jadi team mate !Jangan sedih2 ye..InsyaAllah,kejayaan tu mungkin ditangguhkan untuk kita samada di jalan yang sama atau jalan yang lain=)

-terima kasih yg infiniti juga untuk teman-teman pendebat UPM atas sokongan,bantuan dan doa yang tak henti-henti..(Kak Syida,A.Syam ,A.Amir & Amar siap turun padang kat IKIM ) n semua orang…Fara,Biha,K.Iqa,Syebi,Fiza,K.Awin,Badri,Fakhri,K.Awin,K.Ida,Haha..A.Aril..

-TQ yg sangat jugak kat kengkawan ..Lily,Melin,Soleh,Seng..n coursemate yang berdoa..tolong cari fakta,bagi sokongan,tolong settlekan my asssignment..hehe…sgt terharu!!!

-rindu nak berborak dengan kawan pendebat (Geng Bilik 16)dari UDM(Kak Dayah n Siska),MMU(Teha n Kak Anis),Fiza(UIA) n Mira UTP( teammate lama kat sekolah )..

-Good luck untuk USIM n UM yang berjaya ke final..n tahniah jugak untuk UTP n IPIS yang hebat=)

About aqalbu


5 responses to “Debat IKIM 09

  • suria

    salam..apa khabar akak…apa pun tahniah la utk akak n he geng..just want to inform u that i have tagged u..hehe

  • zetty89

    yuhoo…
    bersrang da..~~~~

  • kak shida

    apapun tahniah….
    sori kalo bantuan tak seberapa@bantuan x mmbantu…huhu~~

    aqalbu : thanks a lot, k.shida!sgt membantu sebenarnya..ala..even small things can bring big meaning=)

  • burhan

    Salam. Rasa terharu dengan ungkapan kata-kata yang tercoret pada layar digital ini. Betul apa yang nida katakan, debat seharusnya memanusiakan insan dan taqqarub antara hamba dan Pencipta. Mengenali siapa kita dan merendahkan diri sebagai hamba disisiNya. InsyaALLAH, berkat mutiara kata yang ditintakan, dapat mengubat hati yang terguris dikala merintih kemenangan. ‘Journey never stop until the end we found the truth of life.’

    Terima kasih atas segala-galanya. Bukan mudah untuk menjadi pasukan yang hebat dan memahami antara satu sama lain walau kita berbeza usia. Ok, all the best in your future k. InsyaALLLAH, ada masa kita jumpe reramai..huhu. W’salam.

  • aqalbu

    Ahlan wa sahlan,Abg Boan!!Tq utk komen ni..InsyaAllah, nnti kita jumpa ramai2…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: