hari yang berhemah

Hari ini,mungkin hari paling mendebarkan,menggembirakan atau menyedihkan buat-buat adik-adik `graduan PMR’.Teringat pula perasaan saya 5 tahun yang lepas.Macam-macam ada.Syukur,rezeki Tuhan waktu itu tetap ada untuk saya.Walaupun tak ada siapa dalam keluarga ataupun jiran saya yang mengambil PMR tahun lepas,tapi saya tertarik juga dengan berita hari ini.

Sebanyak 5.96 % dari jumlah pelajar yang mengambil PMR mendapat semua A .

Pencapaian semua mata pelajaran meningkat ,terutama bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.Penggunaan BI dalam menjawab soalan Sains juga meningkat 51.2% tahun ini berbanding 21.5 % tahun lepas.Begitu juga dengan subjek matematik,penggunaan bahasa Inggeris meningkat 26.9%.

Cemerlang bunyinya.Tahniah buat adik-adik tahun ini.Di saat negara kita sedang bergelut dengan isu PPSMI,bahasa Inggeris dalam Sains dan Math ,dikalangan penyokong dan pembangkang , adik-adik nampaknya lebih maju ke depan.Bertambah pening lah kepala pemimpin kita samada ingin meneruskan dasar ini atau tidak.Apapun jalan penyelesaiannya,samada persidangan meja bulat atau penghantaran memorandum rasmi,yang penting setiap keputusan perlulah telus tanpa dipengaruhi kepentingan politik ataupun provokasi.Lebih utama,saya kira masa depan adik-adik akan datang untuk mendapatkan pendidikan sebaiknya,bukan mempertaruhkan nasib mereka dengan isu-isu `klise’ yang tak akan habis sampai ke akhirnya.

Itu cerita di Malaysia.Sebenarnya saya lebih tertarik dengan cerita Israel dan Palestin yang semakin parah.Jujurnya,selama ini saya hanya melihat isu ini isu umum yang semua orang sedari.Saya bukan mampu berbuat apa-apa,itu persepsi saya.Tapi,sejak kebelakangan ini,bila saya mula membaca semula sejarah pencerobohan Israel di Palestin ataupun digelar Nakbah Palestin(bencana besar) sejak pengtaklukan haram Israel 60 tahun yang lalu(15 mei 1948),saya rasa amat bersalah untuk saya sebagai seorang muslim sekadar pejam mata sahaja.Sedangkan dalam Quran sendiri telah bercerita bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang perlu untuk kita perangi.

Jika dulu,Yahudi Zionis berjaya menghalau 60% rakyat Palestin dari bumi mereka dan kekejaman membunuh ribuan penduduk termasuk orang tua,kanak-kanak dan wanita,hari ini situasinya tetap sama.Jet-jet pejuang Israel memperhebatkan serangan mereka di Genting Gaza dan pelbagai lagi bentuk penganiyaan.Maka bertambah lagi jumlah kematian rakyat Palestin di situ dan semakin bertambah penghinaan mereka sebagai penduduk asal di bumi para Nabi ini.

Saya sendiri tidak tahu sejauh manakah fungsi saya dalam isu ini.Mungkin saya boleh menulis mengenai perkara ini di dalam blog,atau bercerita dengan teman-teman rapat,namun saya kira ada pendekatan lain yang lebih baik yang boleh kita ambil walaupun sedikit kesannya.Saya ada mendengar mengenai Aman Palestin ,juga bantuan dari MERCY di tebing Gaza.Tetapi,saya masih mencari bagaimana dan saluran apakah yang boleh saya gunakan.Saya harap,ada sesiapa yang lebih tahu dapat membantu saya dan mungkin ramai lagi yang punya niat untuk membantu saudara seagama kita di sana walaupun mustahil untuk kita menamatkan segalanya untuk mereka.

p/s:

~Banyak yang belum di explore.Subjek2 baru semester ni lebih spesifik dengan alam sekitar.solid and toxic waste,pengurusan dan perancangan alam sekitar,rawatan air minum,pencemaran udara dan kebisingan…semua agak menarik dan mungkin agak susah..huhuhu

~tak cari lagi pasal tajuk Debat IKIM….

About aqalbu


4 responses to “hari yang berhemah

  • Iqa

    Slow2 sayang… Susah untuk sekejap ni je sebelum IKIM. Family KDBMPutra semua akan membantu. Jangan risau tau.

    p/s: Nak sgt Nida dapat masuk team Alam Sekitar. Mesti sgt berguna kan? Hehehehehe….

  • aqalbu

    hehe..takde lah..perkataan susah tu mmg tak rasional,kan..tu la padam tu..hehe.Tq k,iqa=)
    aha..insyaAllah,xmasuk team pun,tolong2 pn ok gak=)

  • lily

    tahun 2009 ni kte start dgn permulaan yg berhemah ye~
    semoga dipermudahkan jalan dan urusan bg kte.

  • rainiey152

    nida..salam…
    saya pegi program hri tu, kat France.. n dorang ade la talk psal isu nih.. antra badan bntuan yg bleh dipercayai.. interpal.org.. try search.. ade gak utk derma wang riba.. tp sy xpnah try lgi ler.. hhehehehe..=p nnt sy story byk bnde nk post, mse xde.. adeh..

    aqalbu: thanks a lot nurul 4 d perkongsian..insyaAllah,sy akn visit web tu..aha..sgt tersentuh dgn ur new post..keep it up!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: