Debat=Belajar

Alhamdulillah..
Baru hari ini tertunai juga hutang saya dengan diri sendiri untuk bercerita mengenai debat.Sebelum ini, saya hanya menanti post-post baru dari rakan-rakan pendebat.Lain orang lain pula cerita dan pandangannya.K.Iqa rasa macam ni,Fara atau Shebby rasa macam tu…Namun apa yang sama,kejayaan yang dimiliki disambut penuh kegembiraan dan kesyukuran,kekalahan pula dihadapi dengan keredhaan dan keinsafan.

Apapun,saya ingin mengucapkan terima kasih seikhlasnya buat semua khususnya rakan pendebat UPM kerana telah membuka satu jalan yang sebenarnya telahpun cuba saya tutup suatu masa dahulu.Terima kasih kerana mencipta `pertemuan semula saya dan debat’ di kem Pemantapan Debat,PD dan seterusnya sehingga hari ini.Terima kasih juga untuk peluang yang anda berikan untuk saya merasai nikmat Tuhan dan hikmahNya melalui kejayaan dan pengalaman pahit manis dalam dunia debat ini.

Semuanya kerana debat itu sebenarnya adalah ruang untuk saya dan kita semua belajar.

Saya belajar erti mencuba,walaupun sebenarnya suatu ketika saya sudah tidak mahu mencuba.
Saya belajar untuk istiqamah,walaupun pernah saya meletakkan tekad untuk tidak lagi berdebat di universiti.
Saya belajar untuk mengenal erti usaha,apabila saya melihat anda semua tidak berhenti berusaha.
Saya belajar untuk tabah,apabila ketabahan anda semua menjadi kekuatan saya.
Saya belajar erti persaudaraan dalam gelak tawa dan tangisan anda semua yang saya kongsi bersama.
Saya belajar untuk menghargai ilmu kerana pendebat itu datang dengan ilmu dan tingkat kredibilitinya diukur melalui ilmu.
Saya belajar erti hikmah dan rezeki Tuhan apabila kejayaan dan kegagalan itu datang berselang seli dalam pentas perdebatan.

Banyak lagi yang sebenarnya saya belajar kerana sememangnya debat=belajar.

P/s:Tahniah untuk semua!gambar berkaitan akan menyusul kemudian..hehe.

About aqalbu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: