Kerja kilang??

“Akak,jom kita kerja kilang!”

Adik sebilik saya yang sebelum itu tekun mengadap buku tiba-tiba bersuara.Bunyinya bersemangat tetapi lain macam pula nadanya di pendengaran saya.Kerja kilang?Macam menarik..

“Jom!”,spontan saya menjawab.Sengaja memberikan reaksi teruja dengan ajakannya itu, walaupun saya sebenarnya sudah dapat mengagak maksudnya.

“Ye lah,kalau kerja kilang tak payah penat-penat study untuk exam macam ni dah,”balasnya selamba.Ketawa saya dibuatnya.Ini dah sah-sah kes tertekan dan ditekan tahap maksima .Biasalah,bila menjengah sahaja waktu-waktu genting di musim peperiksaan sebegini,IMPAK MAKSIMA di kalangan sesiapa yang terlibat,memang TAK TERCAPAI AKALMU dan sukar dijangka.

Bukan setakat mempunyai keinginan untuk berhenti belajar dan bekerja kilang sahaja,keinginan untuk merasa penginapan `mewah’ dan `bahagia ‘ di Hotel Bahagia Tanjung Rambutan atau Tampoi pun mungkin dirasai sesetengah mereka yang terlebih IMPAK MAKSIMAnya.

Semuanya kerana satu perkara yang perlu kita tempuhi bila berada di kerusi seorang makhluk Tuhan bernama pelajar.PEPERIKSAAN.

Salahkan peperiksaan?

Saya sendiri tidak mempunyai skema jawapan yang benar-benar accurate untuk soalan itu.

Patutkah saya salahkan peperiksaan bila saya menghadapi simptom-simptom berikut tiap kali tibanya peperiksaan?

  1. Tabiat makan ,tidur dan termenung luar biasa yang kadang-kadang mencapai tahap pandemik
  2. Emosi yang tak kena pada tempatnya macam file dalam laptop yang tiba-tiba sahaja bercelaru bila diserang virus Spa-Q ,Trojan atau Worm..
  3. Dijangkiti penyakit `homesick’ yang kritikal macam belajar dekat oversea dan tak balik ke rumah 7 tahun lamanya
  4. Timbulnya keinginan untuk bekerja kilang seperti yang disarankan…

Itu baru 4 simptom utama,belum lagi simptom-simptom lain yang tak tercatat oleh saya.

Mungkin bagi sesetengah orang yang selalunya cerah sahaja warna keputusan peperiksaannya,tak ada masalah untuk menerima peperiksaan seadanya.Mungkin inilah peluang untuk MEREKA mengaplikasikan ilmu yang MEREKA ada dan inilah platform terbaik untuk hasil usaha MEREKA dinilai seadilnya.

Ataupun,musim peperiksaan ini sememangnya ditunggu oleh MEREKA yang sentiasa ingin mendekatkan diri dengan Tuhan,Ya Rabb kerana inilah masanya kebergantungan pada kuasa Yang Esa melebihi daripada biasa.

Mungkin juga,peperiksaan menjadi sesuatu yang menenangkan bagi MEREKA kerana ketika inilah restu dan doa ibubapa terasa begitu dekat dengan kita.

Adakah saya sudah mencapai tahap seperti MEREKA?Sudahkah penglihatan saya berubah dari melihat peperiksaan yang selama ini kelabu dan hitam warnanya kepada warna merah atau warna yang lebih cerah dari itu?

Kalaulah kerja kilang itu semudah yang disangka……

p/s:Doakan kejayaan saya !Rasanya belum lagi jadi seperti mereka..Jika anda sudah,tahniah dan semoga berjaya=)

About aqalbu


6 responses to “Kerja kilang??

  • epul

    simptom2 yang bese ade..kalo lelaki lagi le byk simptomnye..(men game,men game n men game..heheh :P)..nway smoge berjaye utk final…:)

    aqalbu:time kasih..amin..ermm,adakah simptom men game simptom mengikut gender?cik raja nadia mesti tak setuju..hahaha

  • lily

    kem salam kat romate u tu ek~~
    smlm melin tetibe kata, “rindu kat hezy la..”
    haha~~

    aqalbu:wah,bangga dpt adik rum8 yg disayangi ramai neh..bertuah..ngeeeeee….=p

  • rainiey152

    ehh… nidank exam final da ker?? wanhh… gudluck k! i know u can do it! heeheh..jgn homesick mcm dak oversea.. kang susah.. hehe.. mjur la kmi xhomesick sgt.. klu x.. mmg la tiap buln blik.. perabih duit bli tiket.. hoho..

    aqalbu:tq.nurul!!!uhu.depend on org la kot..kalau dah mmg jenis homesick,duduk `undersea’ pun homesick jugak..hehehe

  • Iqa

    Ble je kalau nak kerja kilang. Jadi la consultan alam sekitar utk kilang. hehehehehe…. (^_~)

    aqalbu: cadangan yang bagus..boleh dipertimbangkan..alam sekitar sangat..hehe..

  • afeifah yg kiut=))

    keje kilang manyak penat woOo=))
    7pg-7mlm kat dalam bgnn
    xjmpe matahari lak tuh
    abes keje terus landing tas katil
    tada life langsung
    **bdsrkn pnglmn jd minah kilang pas skul dlu..huhu=))

  • aqalbu

    wah..cam tu skali ye penatnya..
    hurm..conclusionnye,xde apa yg senang kat dunia ni…huhuhu..
    emmm,afiefah yg kiut?siapakah anda?hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: