Nak raya!!!

“Nak raya tak?kalau nak raya,jangan main kotor tu”

Si kecil itu mengangguk-angguk.“Nak!Nak!”

Umpan`psiko’ dari kakak saya untuk anak buah yang baru berusia dua tahun lebih itu termakan juga akhirnya.Cepat-cepat dia berhenti bermain dan merapati mamanya.Sebelum itu,puas juga kakak saya menegah .Rupa-rupanya ,bila disogokkan dengan isu RAYA barulah berhasil memujuk si kecil itu.

“Uda nak raya?tau ke raya tu apa?,”sengaja saya bertanya.Nak tergelak pula melihat gelagat si comel itu.“Nak laye!!”.Itu sahaja jawapannya.Separuh sahaja markah yang boleh saya berikan untuknya memandangkan separuh sahaja soalan saya yang berjawab.

nak laye!!tp laye tu ape ea...

nak laye!!tp laye tu ape ea...

Raya tu apa?

Waktu kecil dahulu,raya saya ialah bangun awal pagi,pakai baju dan kasut baru,pergi rumah jiran,makan kuih dua tiga biji dan tadah tangan tunggu duit raya,salam dengan ahli keluarga dengan harapan tangan dan poket akan terisi..malam sebelumnya rasa seronok dan tak sabar-sabar nak menunggu hari esok.saya percaya semua orang pernah melaluinya.Zaman kanak-kanak yang penuh dengan keseronokan dan perasaan girang menerima.

seronoknya beraye..

seronoknya beraye..

Tapi bila dah besar ni,pengertian raya pun dah berbeza.Dari menerima,kita lebih banyak memberi.Kalau bukan pun menjadi orang yang terpaksa menyimpan bajet untuk memberi duit raya,mungkin kita kena bersengkang mata memberikan tenaga dan masa untuk persiapan raya.

Mungkin perasaan memberi dan menerima itu tak sama,tetapi raya tetap raya.Hari yang simbolik dengan suasana persaudaraan dan bermaaf-maafan walaupun sebenarnya sifat Rahman yang Allah pinjamkan itu sepatutnya ditunjukkan bukan sahaja pada 1 Syawal tetapi setiap masa.Dan walaupun 1 syawal sudah seminggu berlalu,namun rasanya masih belum terlewat untuk kita bermaaf-maafan dan mengeratkan persaudaraan.

Apapun,Selamat hari raya!maafkan saya atas kesilapan,keterlanjuran dan kekhilafan..Mungkin ucapan ini agak terlewat memandangkan sudah lama blog ini saya biarkan bersawang.Semoga masih ada semangat dan kekuatan di bulan Ramadhan yang lalu untuk dijadikan bekalan di hari-hari yang akan datang!

p/s:tak boleh nak beraye betul-betul lagi sebenarnya..kuih raya musim ni(assignment+ kerja+program yg bertimbun) pun tak habis dijamah lagi.wawawawa….

About aqalbu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: