PERAMAH 08

Tidak banyak cerita yang dapat saya kongsikan mengenai program ini.Sehari sahaja masa yang dapat saya luangkan untuk program hasil usaha bersungguh-sungguh senior dan ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UPM ini.Semuanya kerana tuntutan kerja lapangan yang kebetulan terkena pada waktu yang sama.Mujur Allah masih memberi kesempatan untuk saya merasai pengalaman di PERAMAH 08,perkampungan debat persahabatan yang buat pertama kalinya diadakan ini.Banyak perkara yang saya pelajari walaupun dibatasi ruang masa yang sedikit.

Sekilas pandang:

~8 universiti terlibat,termasuk UPM.Antaranya,UNITAR,UMP,UKM,UiTM,MMU,UTP.Semuanya berkampung di K13.

~Oleh kerana diadakan di bulan Ramadhan,kami berbuka puasa dan bersahur bersama(saya hanya sempat berbuka bersama di hari terakhir).Dan menurut cerita,ada juga mereka membuat bubur lambuk bersama.Rezeki di bulan ramadhan,HEP memberi bantuan untuk makanan.

~Datang sahaja pagi ahad itu,saya diminta untuk berdebat melawan pasukan UMP.Lebih menarik,ada jejak kasih antara saya dan adik junior sewaktu di sekolah dahulu..Kecilnya dunia..Pagi itu,gandingan `mantap’ dengan kak Iqa dan kak Awin untuk tajuk `Kebanjiran Karya Luar Negara,Kita Perlukan Kawalan’..Mantap kerana debat ini asyik dipenuhi gelak tawa,dan walaupun persembahan saya tidak seberapa ,tapi tetap seronok bersama mereka.Perkataan baru yang saya dapat dan akan saya kenang sampai bila-bila..“sebulat dewan”.hahaha..

~Bertuah kerana berkesempatan melihat perlawanan antara dua pasukan hebat,Johan debat Kemerdekaan 08,UTP menentang pasukan yang memang saya kagumi,pasukan arkib dari UPM sendiri..tajuk pun pasal alam sekitar..

~Lebih bertuah kerana petang itu saya dapat belajar sesuatu dari Tok Guru,Abang Kaloi..walaupun agak menakutkan bila disuruh berdebat berdua sahaja dengan Kak Awin dan apa yang saya lakukan hanyalah merapu-rapu sahaja,tetapi semuanya bermakna kerana ada ilmu yang dapat saya pelajari dalam perdebatan ini.

~PERAMAH 08 memang meramahkan bagi saya.Terkesan saya melihat eratnya persahabatan di kalangan pendebat dan berharganya ruang masa berkenalan di dalam dunia debat ini.Bukan menang kalah lagi yang menjadi keutamaan,tetapi lebih bermakna,silaturrahim yang tercipta sesama kita.

~Malam itu saya hanya pulang ke kolej selepas menyambut hari jadi Abang fazril,senior debat saya bersama pendebat yang lain.Moga Allah berikan rahmat dan keberkatan buat dirinya dan juga kami semua,saya doakan!

p/s:kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi..cewah..

About aqalbu


One response to “PERAMAH 08

  • Syafiqah

    Perlu ke statement

    ‘Perkataan baru yang saya dapat dan akan saya kenang sampai bila-bila..“sebulat dewan”’

    hahahaha!!! kenangan sangat kan? bila kita bertiga nak bergandingan lagi. rindu la… rasa macam nak lawan team ump tu lagi…

    p/s: jaga kesihatan tau… makan ubat.

    <em>aqalbu:hahaha..mesti lar kena kenang smpi bila2..trademark seseorang tu..sape?tut…hehe.bila lar kita nak bergndingan kan..semua org,tungguuuuuuu…
    p/s:tq k.iqa!!!!terharu..wawawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: