Menjejak di Pulau Jerejak

4 hari bersama rakan-rakan sekelas mengikuti `trip’ ke Pulau Jerejak dan Bukit Panchor,nun jauh di utara,banyak kenangan yang saya simpan..

Kerja lapangan yang ala-ala percutian ini sememangnya merehatkan walaupun tidak dinafikan memang memenatkan apalagi terkena di bulan Ramadhan.Namun,saya kira,makin lama makin terasa bermakna pula kursus sains alam sekitar yang saya ambil bila menjengah tahun ke dua ini.Ye la,makin banyak jalan-jalan,dan tentunya makin banyak pula makan-makan!hahahaa..

Ada sesuatu yang mahu saya kongsikan:

cantiknya Pulau Jerejak..

cantiknya Pulau Jerejak..

villa untuk banduan..terbuang..

villa untuk banduan..terbuang..

-Trip ke Pulau Jerejak sebenarnya satu hari sahaja,selebihnya kerja lapangan kami di Bukit Panchor,taman pertanian negeri

-Pulau Jerejak sememangnya misteri..Ada tinggalan rumah lama dan penjara yang pernah didiami mereka yang dibuang daerah..Untuk ke sana,memang sukar.Jalan yang jauh dan terasing..tanah yang basah dan lembik,air kotor..Jerlus!Itupun dengar cerita,ramai banduan yang berjaya menjadi hero hindustan.Terlepas!

-Dinding di dalam penjara itu menjadi kanvas untuk karya terulung penghuninya.Luahan hati..Sumpah seranah dan tempat letaknya gambar2 perempuan..!!??Petikan `quotes’ yang sempat diambil:

“always accept your human weakness.Success and self hate cannot live together”

-Kerja lapangan di Bukit Panchor memang simple dan seronok.Berendam dalam sungai ramai2 buat water quality,korek perigi dan paling seronok main kat playground..Hari ke tiga,berbuka puasa di rumah Alia,teman sekelas dengan 2 buah bas.Sangat sedap dan rasa macam pergi kenduri kahwin kawan beramai-ramai pula.

-Hari terakhir di sana,Hari Pacat Sedunia!terima kasih kepada 10 ekor pacat yang sudi menjengah kasut dan stokin saya..Terima kasih kerana memberikan pengalaman paling bermakna buat saya..wawawa..Apapun ,terima kasih tak terhingga buat dua guardian dan teman setia ,Cik Zulaila dan Cik Solehah kerana sudi berada di sisi saya yang lemah ini dan menjadi pemburu pacat berjaya di hari kejadian..hehehe..

p/s:pentingnya kawan bila di dalam kesusahan..pentingnya kawan saat mahu berkongsi kegembiraan..

About aqalbu


2 responses to “Menjejak di Pulau Jerejak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: