Mulakan dengan solatmu!

“Sungguh beruntung orang-orang yang berIMAN,iaitu orang yang KHUSYUK dalam solatnya”

(Surah Al-Mukminun,1-2)

Itu pengakuan Allah di dalam kitab junjungan mengenai ciri-ciri orang yang beruntung,orang yang mendapat tempat disisiNya yang Maha Rahman.Sudah berkali-kali saya melihat potongan ayat ini,dan berkali-kali itu jugalah saya cuba menanamkan tekad untuk mencapai tahap khusyuk itu.Tetapi,bila tiba masanya saat pengabdian,saya akui masih jauh rupanya diri saya dengan Tuhan.

Tiba-tiba,di dalam solat itulah masanya saya teringat akan assignment yang belum disiapkan,teringat akan janji bertemu rakan yang belum dilunaskan dan lebih teruk,makanan apa yang ingin saya nikmati selepas itu..Dan entah apa-apa lagi yang bermain di fikiran…Ampunkan daku,Ya Tuhan

Mungkin saya sendiri tidak layak untuk bercerita mengenai bagaimana mencapai tahap solat yang khusyuk atau pengalaman merasai solat yang khusyuk.Semuanya kerana solat saya pun masih punya kelompongan dan saya sendiri pun masih berusaha ke arah itu.Namun sekadar perkongsian agar kelemahan solat saya dan anda semua masih mampu dibetulkan,berikut saya kongsikan beberapa tips mendapat solat yang khusyuk daripada sebuah buku kepunyaan rakan:

  • Bersiap sedialah sebaiknya sebelum solat.(sempurnakan wuduk,membersihkan gigi & mulut,berhias dengan pakain yg bersih & harum,tenangkan diri dll)
  • Pastikan tuma’ninah dijaga.
  • Selalu mengingat mati
  • Memahami dan menghayati bacaan,hafal maksud setiap bacaan
  • Baca setiap bacaan dengan tartil~jgnlah laju sangat macam erl KLIA
  • Yakinkan diri yang solat dan doa kita didalamnya akan dimakbulkan~Al-Fatihah contohnya sebenarnya seperti dialog dan doa di antara kita dgnAllah s.w.t
  • Pandanglah ke tempat sujud~Sunnah Rasulullah s.a.w
  • Pelbagaikan surah,ayat & zikir supaya memiliki perasaan baru dalam menghayati maksud bacaan
  • Tangguhkan solat jika makanan sudah sampai(Riwayat Muslim)
  • Jangan solat jika ada niat & keinginan untuk `membuang hajat’
  • Jangan bersolat dalam keadaan mengantuk,tahanlah sedaya mungkin dari menguap
  • Jangan solat di belakang org yg tidur & bercakap~supaya tak terganggu tumpuan
  • Jangan melafazkan bacaan terlalu kuat
  • Utamakan tempat tertutup
  • Membetulkan niat~diri ini hamba & solat bukan untuk menunjukkan kewarakan
  • Menyedari hakikat solat~Firman Allah:“Tidak Aku jadikan manusia jika bukan untuk beribadat padaKu”

Dipetik dan disunting dari: `77 petua meningkatkan solat anda,by Abdul Baqi Shabran’

p/s:maaf,ini sahaja yg sempat dimuatkan.Ada banyak lagi pendekatan yg boleh dilakukan asalkan dapat mencapai tahap kekhusyukan dalam solat kita..Terima kasih kepada empunya buku,Cik Raja Nadia..terharu sbb ada delivering service..hehe,,Semoga amalan kita diterima sebagai ibadah oleh Allah s.w.t & semoga kita termasuk org2 yg beruntung..Amin..

About aqalbu


One response to “Mulakan dengan solatmu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: