Pendebat:Di LAHIR atau Di LATIH?

Kagum!Itu perasaan pertama saya tatkala menjadi pemerhati di kerusi hakim tempoh hari.Bukan saya seorang begitu,rakan pendebat lain yang turut menjadi hakim untuk pertandingan itu juga merasakan yang sama.Masih ingat lagi kata-kata Abang Fazril saat mempelawa saya untuk menjadi bidan terjun sebagai juri debat di SMK Sri Serdang itu.

hakim2 yg ceria..tnggu bas rapid

adik2 yg berbakat..Hebat!

“Kita jadi hakim kat sana,expectation kena biasa-biasa je..Tak perlu tinggi sangat.Diorang ni budak sekolah je,Tahap tak sama dengan kita ..,”

Saya mengangguk.Dengan anggapan,apa yang akan saya lihat nanti cuma debat yang `biasa-biasa je’.Di hati saya,pengalaman sebagai hakim ini akan saya gunakan untuk memperbaiki kemahiran menganalisis di samping mengutip pengalaman di sana.

Namun,semuanya berubah apabila apa yang tersaji di hadapan mata saya,bukanlah debat`biasa-biasa je’.Ini dah LUAR BIASA!LUAR BIASA untuk adik-adik yang rata-ratanya masih di tingkatan satu dan dua.Tidak salah kiranya saya akui tahap dan mutu perdebatan mereka setara dengan kami,yang sudah merasa beraksi di kalangan pendebat universiti dan boleh juga dikatakan lebih baik,terutamanya jika dibandingkan dengan saya,yang masih bertatih ini.

Mungkin cukup persediaan kerana diberi tajuk lebih awal atau sudah biasa dengan pertandingan yang dianjurkan oleh panel kejurulatihan mereka.Tak kiralah apa pun alasannya,sesuatu yang perlu saya akui,ada benarnya kata-kata senior debat saya dan Abang Rizal,jurulatih debat SMK Sri Serdang tempoh hari.

“Pendebat yang bagus sebenarnya bukan dilahirkan begitu,tetapi latihan yang menjadikan mereka begitu”

senior & rakan pendebat UPM

Sesiapa pun seseorang itu pada hari ini,pendebat terbaik kesuluruhan ataupun mendapat anugerah MADUM,semuanya bermula dengan perkataan ZERO.Zero dalam membina ayat piawaian,zero dalam menyampaikan bidasan ,apalagi zero untuk pengalaman.Yang membezakan mereka dan termasuk saya ini,setakat mana keazaman memperbaiki diri dan komitmen sewaktu menjalani latihan.Dan perlu saya akui,dua perkara ini masih tercicir di sepanjang laluan saya dalam arena perdebatan ini.Mungkin kerana itu jugalah,sukarnya saya untuk berada di tahap mereka yang terbaik ini.

Apapun,terima kasih kepada Abang Fazril untuk peluang ini.Terima kasih juga untuk rakan-rakan pendebat lain(Abang Pau,Kak Awin,Kak Zana,Kak Aida& Wani) yang bersama berkongsi rasa. Terima kasih juga untuk adik-adik SMK Sri Serdang yang berjaya memberikan pengalaman dan tunjuk ajar bermakna untuk diri ini!

p/s–..Lama tak turun latihan..Kekangan masa dan konflik dalaman..hehe..Terasa ngan post sendiri

About aqalbu


6 responses to “Pendebat:Di LAHIR atau Di LATIH?

  • rainiey152

    nida…salam… mule2 pikir gk..spe la aqalbu nih..dah syak da ni msti nida..hohoho..as expected, gaye pnulisan seorg pendebat..bagus2 nida..keep on blogging..nice posts..together kte berblog..tpi mebi bbeza style, bbeza hala..tpi ttp sme tujuan..mluahkn pe dlm otak n hati..utk di share dgn org…=) bru jmpe mak lang hritu..die kte awak sibuk cuti jdi hakim debat..sooner or later, kte jmpe gk rite…

  • aqalbu

    poyo je sebenanya..haha..terpengaruh ngan blogger,t’masuk awak..hihi..aha..btul tu..idop ni kadang2 kena sharing n caring,bru lar rasa bermakna sikit…ala,hakim x bertauliah je pun,stakat isi masa weekend and sonok2 je..nanti kita jmpe,k=)

  • ~BudaK KeCiK~

    dari segi tektikal nyer(hehehehe) gaya penyampaian yg bgus & bercambah isi-isinyer…huahuahua.i kn technician =)
    ckp skrg pown dh ala2 debat ok!
    tabik spring ok!

  • aqalbu

    spring apa tu?spring buaian or spring kat stapler?hehe..tq ye miss technician..i tau,u nak tukar field kan,dr teknikal ke debat..wah!welcome 2 d world=)

  • aqalbu

    sigh?no ending yet..juz keep on moving!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: