Raikan perbezaan!

Masih terasa hangat lagi peluk cium mak sewaktu datang berkunjung tempoh hari.
Itulah mak.Perasaan dan isi hatinya mudah sahaja diekspreskan.Tidak kisahlah melalui pelukan,pesanan mahupun bebelan.Mudah sahaja hati ini memahami gelodak jiwa seorang ibu yang satu,dan selama-lamanya pertama ini.
Namun,hati ini masih juga terasa tersentuh dengan ikhlasnya doa dan pesanan ayah sewaktu meluangkan masa bersama di MAHA 2008 tempoh hari.Walaupun diri ini yang terlebih dahulu memberikan ciuman pada wajah yang dihiasi janggut memutih itu,namun hangatnya kasih ayah tetap saya rasakan.

berdua lebih baik..hihi

berdua lebih baik..hihi

Ayah,mak..
Dua insan berbeza yang memilih laluan hidup yang sama.

Ayah seorang yang lebih banyak berdiam,berkata-kata bila ada kelapangan dan keperluan.Mak pula seperti saya,ada sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama…

Namun,ada masa mak akan berdiam,menjadi penenang qalbu ayah bila naluri lelakinya dihinggapi baran.

Ayah lebih banyak menghabiskan masanya dengan buku-buku santapan jiwa,menyibukkan diri dengan kertas-kertas mesyuarat dan bebanan kerja yang terpikul dibahu..

Mak pula lebih suka meluangkan masa dengan bunga-bunga yang sentiasa dibelai dan dibaja,melihat apa yang kurang untuk melengkapi sebuah Baitulrahman yang bahagia..menghubungi anak-anak yang ingin disalurkan rindu di jiwa…

Ayah seorang pemberi nasihat yang berjaya..Luhurnya kata-kata ayah disertai gurau senda dan kata-kata semangat disaat kami anak-anak memerlukan sebuah kekuatan..

Namun,perhatian dan kalutnya seorang mak bertanyakan itu dan ini demi memenuhi keperluan tetap juga memberikan sebuah ketenangan dan pertolongan..

Ayah,mak..

Walau banyak manapun perbezaan yang ada pada kalian berdua,namun perbezaan itu tidak pernah membataskan sebuah cinta..

Cinta antara dua hati yang kian membara..
Cinta pada anak-anak yang tidak pernah reda..
Cinta yang akan membawa mereka ke destinasi syurga..Amin..

“Ya Allah,kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak kecil..”

p/s..Tengah rindu nak makan masakan mak sebenarnya..N rindu nak tengok ayah makan dengan selera macam selalu..Conclusion:all about makan!hehe..

About aqalbu


4 responses to “Raikan perbezaan!

  • nuran jamilah

    S U R A T A D Z – D Z A R I A T

    51:8. sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeza-beza pendapat.
    merenungi firman Allah, sesungguhnya kita memang dijadikan berbeza agar saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Raikan fitrah manusia, tetapi kawal tuntutan nafsu selagi bukan pada yang hak. Banyak lagi tuntutan amanah dan taklif sebagai khalifah di bumi Allah. Jadilah orang muda yang sentiasa terisi waktunya dengan gerak kerja perjuangan Islam agar tiada masa untuk bermenung dan bertongkat tangan.letakkan impian syahid dan menang dalam pentas kehidupan.

  • aqalbu

    Semoga fitrah itu dihadirkan pada masa & tempat yg spatutnya..Dan smoga kita x trmasuk golongan yg bermenung & bertongkat tangan..amin..Tq,sis..nuran jamilah!=)

  • ~BudaK KeCiK~

    sooooo sweet my dear frend!..i pown kalah u!huhu…
    nida ni kan asyik mengingatkan kte jerk ngn my family nun jauh di utara sana…menggamit hati untuk pulang ke desa =(

  • aqalbu

    Melin,lagu saranan:Desa tercinta…..hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: