Bahagia!

“Jom kita pergi MAHA!”

Hari itu hari Rabu.Kelas hanya sampai pukul 11.Ajakan dari dua orang teman yang selalu sahaja `menggoda’ itu saya sambut dengan senyuman meleret.Kebetulan keluarga saya juga datang bertandang ke bumi Serdang semata-mata hendak ke destinasi yang sama.Bolehlah jumpa mereka di sana..MAHA 2008.Dulu,tengok kat tv sahaja..Teruja tapi tak pernah pula merancang dan dirancang untuk turut serta.Sekarang,rugi betul kalau tak pergi.Jalan kaki pun 10 minit dah sampai kalau bergerak dari kolej.Lagipun ,beberapa hari sebelum itu,ramai juga yang menyogokkan saya dengan cerita-cerita di MAHA itu..Cerita kambing,lembu,buah durian,manggis..Memang teruja..

Pergi menaiki kereta comel Kak Syima,teman sekursus yang baik hati itu,memang seronok walaupun cuma beberapa minit sahaja dan itupun cuma di seberang jalan bertentangan dengan pintu gerbang MAHA.Rasa macam rombongan mak kiah saje.Apa lagi,ahli rombongannya,Kak Hawa,Melin dan Seng.Itu belum termasuk dua orang lagi teman yang tidak ikut serta.Cik soleh dan lily.Kalau mereka juga ada,lawatan ke MAHA ini saya kira dah jadi lawatan `mak cik-mak cik dari ladang’.Riuh jadinya.

Apapun saya boleh katakan hari saya di MAHA itu ialah hari yang BAHAGIA.Bahagia kerana dapat meluangkan masa berkualiti dengan ayah,abang Sepul dan kak cik saya..menaiki tram bersama,makan tengahari bersama,tengok-tengok kambing dan entah apa lagi haiwan yang sememangnya susah nak tengok kat rumah bersama,dan macam-macam lagi perkara yang dapat dilakukan bersama..Walaupun sedikit terkilan tidak dapat bersama dengan mak yang tiba-tiba sahaja ubah haluan ke Perlis sehari sebelum itu..

Bahagia juga kerana ada kawan-kawan yang membahagiakan..Walaupun sekejap sahaja masa diluangkan dengan mereka di MAHA sebelum saya berpisah untuk bersama family di pertengahan jalan,bersama mereka memang membahagiakan..Semestinya sebab kes kasut saya yang `terbuka’ tiba-tiba.haha..Terharu dengan keprihatinan mereka..Dan bahagia tengok Seng dan Melin yang tiba-tiba menjadi artis undangan Mus..Lagu Cinta mekar di hati akan saya kenang sampai bila-bila..hahaha..

p/s:MAHA:Malaysia Agriculture.Horticulture& Agrotourism..Dah ada site yang best sekarang kat Malaysia -Agro-Exposition Park(MAEP,Serdang)..Majulah pertanian untuk negara!!

About aqalbu


4 responses to “Bahagia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: