Satu permulaan

Bismillahirrahmanirahim..

Saya mulakan penulisan saya dengan memetik satu artikel yang saya baca dari sebuah laman web seorang penulis yang lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Hasrizal atau Abi Saif.Saiful Islam,begitulah bunyinya laman web tersebut.Mungkin sudah ramai yang mengenali beliau,sementelah setiap entri yang beliau keluarkan pasti mendapat kunjungan ribuan pengunjung.

Sejujurnya,saya bukanlah seperti insan lain yang punya kekuatan luar biasa untuk gigih berusaha mencari dan sentiasa mengisi qalbu mereka dengan santapan jiwa .Saya cuma seorang insan biasa yang sederhana.Maka,apabila ada sesuatu yang saya kira sederhana untuk menjadi santapan mata dan halwa telinga saya dan sedikit sebanyak mendidik jiwa yang kekontangan ini,saya terdorong untuk berkongsi sama.

Tajuknya begini,“Jenayah Akademik Aktivis Dakwah”.Namun,oleh kerana saya sendiri masih belum layak untuk menjadi aktivis dakwah dalam erti kata yang sebenar,cukuplah saya mengambil beberapa pengajaran yang saya perolehi dari sudut seorang manusia bergelar pelajar.Pelajar yang sejak kebelakangan ini semakin hilang arah tujuan,memilih katil dan bantal empuk dari mencelikkan mata menatap nota-nota kuliah yang minta dibaca dan pelajar yang hatinya asyik melayang-layang usai kedengaran suara seorang pensyarah sewaktu pembelajaran. Sedikit suntingan untuk tatapan semua..

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar,bagai melepaskan batuk di tangga.Dan sebelum kita manusia memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan,Allah s.w.t itu sebagai Tuhan,lebih memandang ibadah dan hasil kerja hambaNya yang dilakukan secara terbaik.Optimum.

Itqan.

Seorang muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh.Sama ada memenuhi kehendak habl min al naas sesama manusia mahupun dalam menunaikan tangunggjawabnya pada habl min Allah.

Maka,bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian,bukanlah kualiti yang layak bagi seorang muslim.Apatah lagi muslim yang ingin memperjuangkan Islam.

Lupakah kita pada firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya orang yang baik untuk engkau ambil bekerja ialah orang yang mempunyai kekuatan dan amanah”(Al-Qasas,28:26)

TAMRIN DISIPLIN

Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.

TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN.Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri supaya komited melakukan perkara yang kita tidak suka,demi meraih apa yang kita suka,suatu hari nanti.

“Kamu diwajibkan berperang sedangkan perang itu sesuatu yang kamu benci,dan boleh jadi kamu benci sesuatu ,padahal ia baik untuk kamu.Dan boleh jadi juga,kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu.Dan ingatlah Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”(Al-Baqarah-216)

Mungkin,di alam TAMRIN akademik,bilik kuliah lah medan perang yang kamu benci…padahal ia ditentukan Allah sebagai kebaikan buat dirimu..

p/s..semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk berperang,melaksanakan tamrin akademik,menolak acuh tak acuh dan sikap ala kadar..Dan semoga Allah membantu saya dan sesiapa sahaja yang bertekad untuk melakukan SATU PERMULAAN yang membahagiakan..


About aqalbu


4 responses to “Satu permulaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: