Kadangkala, saya terkilan apabila nama yang diberi mak ayah, tidakpun mempunyai maksud khusus.
Rosearnida atau disebut ros arnida. Nama itu pilihan terbaik bagi mak ayah saya ketika itu, barangkali. Mak bercerita, yang dia begitu teringin memanggil saya dengan nama Rose. Arnida pula nama yang diambil dalam sebuah majalah, iaitu nama seorang budak kecil yang buat mak ayah saya jatuh hati.
Tetapi, sayangnya nama itu tidak bermaksud. Jika ada pun, hanya pada rose iaitu bunga mawar. Namun, ia menjadi istimewa, kerana sukar sekali mencari orang yang berkongsi nama dengan saya. Jadi, nama itu mungkin milik saya seorang di dunia ini=)
Oh, sebenarnya itu bukan perkara besar yang perlu dibesar- besarkan. Jika mahu nama yang bermaksud pun, mungkin saya boleh menumpang maksud al- nida’. Seruan.=)
Biarlah saya menjadi penyeru pada perkara yang baik- baik. Dan mudah- mudahan nama Rosearnida ini diseru- seru sampai ke syurga nanti..Amin…
p/s: Sudah Ramadhan yang ke 24..Moga Allah beri kesempatan untuk merebut magfirahNya…Amin!!!
Doa Hari ke 24
Ya Allah, Aku bermohon kepadaMu perkara yang mendatangkan keredhaanMu.
Aku berlindung denganMu daripada perkara yang mendatangkan kemarahanMu…
Aku bermohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai Pemberi kepada yang meminta….
Sumber:http://www.ziarahilah.blogspot.com
September 6th, 2011 at 6:25 am
setipa nama itu ada istimewanya yang tersendiri..
Walaupun kadang kala kita terfikir mengapa nama kita sedemikian dan bukan nama yg seperti ini namun nama itu adalah anugerah dan kasih sayang ibu dan bapa kita untuk kita…nama nida sgt sesuai dengan nida..
Rose Arnida–Bunga rose yang memberi seruan kebaikan dan wangian terhadap hidup org lain..
September 8th, 2011 at 8:01 am
Tq Kak Ct=) Alhamdulillah..ameen,,,bestnya kalau maksud tu=) Humairah pun mcm kena je dgn K.Ct=)